Utusan Borneo (Sarawak)

Agihan bubur lambuk secara pandu lalu patuhi SOP COVID-19

-

MELAKA: Agihan bubur lambuk percuma di Kampung Bukit Piatu di sini yang sentiasa dinanti-nanti setiap kali Ramadan, dijalankan secara pandu lalu seperti pelaksanaa­n ketika negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.

Pengurus projek agihan bubur lambuk Baharom Sulaiman, 57, berkata agihan secara pandu lalu diteruskan tahun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakka­n orang ramai daripada berhimpun ketika mendapatka­n juadah berbuka puasa itu.

Beliau berkata, pada tahun ini juga agihan bubur lambuk dibuat lebih awal iaitu kirakira jam 2 petang berbanding 5 petang sebelum ini bagi mengelakka­n kesesakan jalan raya.

“Pada tahun lepas, kita hanya menyediaka­n dua periuk besar bubur lambuk namun pada kali ini, ia meningkat kepada tiga periuk besar dengan satu periuk besar boleh menyediaka­n kira-kira 170 bungkus bubur lambuk,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, sebanyak 45 kilogram (kg) beras, 12kg daging dan 12kg santan digunakan untuk membuat satu periuk besar bubuk lambuk, dengan resepi diambil dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur yang terkenal dengan juadah itu pada bulan Ramadan.

“Sebanyak RM500 diperlukan untuk menyediaka­n satu periuk besar bubuk lambuk ini dengan kerjakerja menyediaka­n bahan masakan bermula pada 7 pagi dan siap tiga jam kemudian sebelum diagihkan selepas solat Zohor,” katanya.

Baharom berkata, agihan bubuk lambuk berkenaan akan berlangsun­g sehingga 27 Ramadan sahaja bagi membolehka­n penduduk terlibat untuk membuat persiapan Aidilfitri di rumah masingmasi­ng pula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia