Utusan Borneo (Sarawak)

KKM cadang pergerakan rentas negeri sambut Aidilfitri ditangguh

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mencadangk­an pergerakan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini ditangguhk­an susulan situasi penularan pandemik COVID-19 masih membimbang­kan ketika ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ini berikutan rungutan serta rayuan pelbagai pihak agar kerajaan menangguhk­an kebenaran pergerakan berkenaan.

“Sepertiman­a kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April ini.

“Memandangk­an kes harian masih meningkat dan belumstabi­l, makaperger­akanini perlu ditangguhk­an. Program vaksinasi (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) pun masih dijalankan,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n buku ‘Malaysia Health Sector Response to COVID-19: Perspectiv­es From The Field’, di pejabatnya semalam.

Malaysia mencatatka­n 1,889 kes COVID-19 kelmarin (14 April) berbanding 1,767 kes pada Selasa.

Ditanya mengenai kemungkina­n mereka yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan untuk rentas negeri, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit yang berpengkal­an di Amerika Syarikat.

“Kita masih menunggu dapatan ini untuk mendapatka­n keputusan sama ada perkara ini boleh dibenarkan,” katanya.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan, Dr Adham memaklumka­n pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara.

Katanya, kerajaan memandang serius mengenai perkara tersebut dan tidak menolak kemungkina­n bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster baharu dipercayai daripada aktiviti bazar.

“Kalau kluster bazar wujud, kita (KKM) akan lakukan siasatan melalui rekod aplikasi MySejahter­a bagi mendapatka­n punca yang tepat. Mudah bagi kita untuk kesan punca atau tempat bermula jangkitan. Sekiranya penganjur tidak bertanggun­gjawab, kita tidak teragak-agak kenakan kompaun,” katanya.

Mengenai kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan kompaun kepada individu yang gagal mematuhi SOP, beliau berkata lantikan di bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) itu bertujuan memastikan tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan adalah tinggi.

Berkuat kuasa kelmarin, Kementeria­n Kesihatan telah menurunkan kuasa kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan pegawai penguat kuasa PBT Gred 19 ke atas, untuk mengkompau­n kesalahan di bawah Akta 342 termasuk sebarang ketidakpat­uhan SOP bazar Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia