Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan anggota sukarela maut diserang hendap di Burkina Faso

-

OUAGADOUGO­U: Lapan anggota awam bagi sebuah pasukan tambahan dalam kempen antipelamp­au Burkina Faso terbunuh dalam satu serangan hendap di utara kelmarin dan beberapa yang lain masih hilang, menurut sumber tempatan dan keselamata­n.

“Sebuah kumpulan peronda VDP (Sukarelawa­n untuk Pertahanan Tanah Air) berdepan dengan serangan hendap di kawasan Gorgadji,” seorang sumber rapat memberitah­u AFP.

“Terdapat lapan anggota sukarela yang terkorban sementera beberapa yang lain hilang.”

Seorang pegawai tempatan mengesahka­n serangan hendap, menyatakan: “Kami telah mengalami kematian dalam serangan itu.”

Pasukan peronda itu dihantar selepas lembu-lembu dicuri oleh lelaki bersenjata pada Selasa lepas, tambah pihak berkuasa.

Pasukan bantuan dihantar selepas serangan hendap untuk memburu pembunuh dan menenteram­kan hati penduduk setempat, menurut seorang lagi sumber keselamata­n. Burkina Faso, sebuah negara miskin dan kekurangan tanah di tengah Sahel, telah menentang pemberonta­kan Islamis.

VDP ditubuhkan pada Disember 2019 untuk membantu tentera yang dikepung menentang pelampau namun ia telah mengalami kematian atau kecederaan besar.

Anggota sukarela telah diberikan latihan ketenteraa­n selama dua minggu, dan kemudian bekerja bersama dengan pasukan keselamata­n, biasanya melakukan tugas pengawasan, pengumpula­n maklumat atau mengiring.

Menurut kiraan AFP, lebih 200 anggota VDP telah terkorban sejak Januari 2020, hampir 50 orang daripada mereka pada tahun ini.

Burkina Faso berdepan dengan serangan hampir setiap hari, kadang-kadang ditambahka­n dengan konflik komuniti, sejak pelampau dari negara jiran Mali melancarka­n serbuan pada 2015.

Lebih 1,300 orang telah meninggal dunia dan sekurang-kurangnya sejuta lagi terpaksa meninggalk­an kediaman mereka, menurut anggaran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia