Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang maut, 12 hilang kapal karam di Teluk Mexico

-

WASHINGTON: Seorang maut dan 12 lagi hilang selepas sebuah kapal pengangkat komersial karam di Teluk Mexico di luar pantai Louisiana, menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Kapal Pengawal Pantai dan sekumpulan kapal sukarelawa­n telah dikerahkan untuk mencari mangsa yang masih hidup selepas Seacor Power karam pada Selasa dalam serangan ribut kuat yang tidak dijangkaka­n berhampira­n Port Fourchon, kira-kira 160 kilometer di selatan New Orleans.

Kapten Pengawal Pantai Will Watson berkata, beliau menerima panggilan kecemasan daripada kapal itu sejurus sebelum jam 4.30 petang Selasa.

“Kami menyelamat­kan enam orang yang masih hidup daripada seramai 19 anak kapal, kata Watson pada satu sidang media.

Pada mulanya Pengawal Pantai menyatakan kapal tersebut mempunyai 18 anak kapal.

Mayat mangsa ketujuh telah ditemui dan ditarik keluar dari laut, kata Watson.

“Usaha pencarian diteruskan untuk baki 12 orang lagi,” tambahnya.

“Kami sedang memeriksa kawasan tersebut dengan sumber-sumber yang ada bagi membantu dalam misi menyelamat.”

Seacor Power merupakan sebuah kapal pengangkat komersial sepanjang 129 kaki, kata Pengawal Pantai.

Sebuah kapal pengangkat mempunyai dek rata yang besar serta kaki gergasi yang terdapat padanya. Ia biasanya digunakan dalam operasi minyak dan gas luar pesisir.

Ketika dalan perjalanan, kapal itu mengangkat kakinya ke atas, dan sebaik sahaja tiba di destinasin­ya kaki itu akan ditolak ke dalam dasar laut dan dek rata akan diangkat naik ke atas dari air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia