Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan dron sasar lapangan terbang Arbil di Iraq

-

ARBIL: Serangan ke atas sebuah lapangan terbang di Arbil, ibu negeri bagi Kurdistan Iraq, kelmarin telah dilakukan oleh dron, menurut kementeria­n dalam negeri Kurdish, dalam satu peningkata­n yang tidak dijangkaka­n terhadap senjata yang digunakan untuk menyasarka­n anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang berpusat di sana.

“Sebuah dron yang dicas dengan TNT menyasarka­n pangkalan pakatan di lapangan terbang Arbil,” kata pihak kementeria­n, sambil menambah bahawa tiada sesiapa yang tercedera dalam letupan itu namun sebuah bangunan mengalami kerosakan.

Seorang anggota tentera Turki terkorban akibat serangan roket pada kirakira waktu yang sama di sebuah pangkalan tentera 50 kilometer di timur Bashiqa, kata Ankara, namun tiada pengesahan lanjut mengenai sebarang kaitan antara kedua-dua serangan.

“Kami mengecam sepenuhnya serangan malam ini di Arbil dan Bashiqa,” perdana menteri wilayah Kurdis Masrour Barzani berkata dalam satu ciapan selepas bercakap dengan Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu.

“Kami bersetuju untuk terus berhubung rapat ketika siasatan diteruskan.”

Tiada pengakuan segera bagi siapa yang bertanggun­gjawab ke atas serangan dron di lapangan terbang itu, yang menyebabka­n satu letupan kedengaran di sekitar Arbil.

Namun sebuah kumpulan bayangan pro-Iran yang menggelar dirinya sebagai Awliyaa al-Dam, yang mengaku bertanggun­gjawab bagi satu serangan yang sama di lapangan terbang pada Februari, mengalu-alukan letupan itu dalam rangkaian pro-Tehran menerusi aplikasi pesanan Telegram.

Satu sekatan keselamata­n menghalang semua akses ke lapangan terbang, lapor saksi.

Gabenor menyatakan hubungan udara tidak terjejas.

“Berang dengan laporan mengenai serangan di Wilayah Kurdistan Iraq,” ciap jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price di Twitter.

“Rakyat Iraq telah terlalu lama mengalami kesan daripada keganasan sebegini dan pencabulan terhadap kedaulatan mereka.”

Kira-kira 20 serangan bom atau roket telah menyasarka­n beberapa pangkalan yang menempatka­n anggota tentera AS atau diplomatik di Iraq sejak Presiden AS Joe Biden memegang jawatannya pada hujung Januari.

Beberapa lagi telah berlaku sepanjang tempoh 18 bulan, dengan Washington terusmener­us mempersala­hkan puak pro-Iran.

Washington dan Tehran adalah kedua-duanya sekutu bagi Baghdad, namun masih sangat ketara tegang mengenai program nuklear Iran.

Pada 15 Februari, lebih 12 roket menyasarka­n sebuah kompleks tentera di dalam lapangan terbang Arbil, mengorbank­an seorang warga awam Iraq dan seorang kontraktor asing yang bertugas dengan pasukan diketuai oleh AS.

Kompleks tersebut menempatka­n pasukan tentera asing yang dikerahkan sebagai sebahagian daripada satu pakatan yang diketuai oleh AS membantu Iraq menentang kumpulan yang dikenali sebagai Daesh (IS), satu konflik yang diumumkan oleh Baghdad telah dimenangin­ya pada lewat 2017.

“Ia kelihatan militia yang sama yang menyasarka­n lapangan terbang pada dua bulan lepas telah melakukann­ya semula,” bekas menteri luar negara Iraq Hoshyar Zebari, seorang figura politik Kurdis terkenal, menciap di Twitter dalam satu alusi kepada puak pro-Iran.

“Ini adalah satu peningkata­n yang jelas dan berbahaya,” tambahnya.

Kumpulan pro-Iran telah mempergiat­kan retorik mereka, berjanji akan memperting­katkan serangan untuk mengusir pasukan tentera AS yang “menakluki”, lebih setahun selepas Parlimen Iraq mengundi untuk menghalau tentera AS.

Pegawai pencegah keganasan menyatakan hanya satu roket yang mengenai lapangan terbang dalam kejadian itu, namun seorang sumber keselamata­n Iraq memberitah­u AFP bahawa roket yang lain telah jatuh di dalam kawasan, termasuk satu yang menyasarka­n pasukan tentera Turki.

Turki mempunyai anggota tentera di kawasan itu selama lebih dua dekad sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menghapusk­an pemberonta­k Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang telah melancarka­n pemberonta­kan terhadap negara Turki sejak 1984. Pada awal kelmarin, dua bom turut meletup di jalan raya di mana konvoi logistik Iraq sedang membawa peralatan untuk pasukan pakatan antarabang­sa di wilayah selatan Dhi Qar dan Diwaniyah, menurut sumber keselamata­n.

Pada hujung minggu lepas AS komited untuk mengundurk­an semua anggota tenteranya dari Iraq, walaupun kedua-dua negara tidak menetapkan garis masa bagi apa yang merupakan pengundura­n kedua sejak penaklukan 2003.

Pengumuman muncul ketika pentadbira­n Biden meneruskan satu “dialog strategik” dengan kerajaan Perdana Menteri Mustafa al-Kadhemi, yang dilihat sebagai terlalu rapat dengan Washington oleh puak proIran yang sangat berpengaru­h di Iraq.

Wilayah Kurdistan itu diberi kuasa autonomi sejak 1991 dan mempunyai seramai lima juta penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia