Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan PEJUANG daftar parti didengar 31 Mei

Mahkamah perlu mendengar kes itu dengan kadar segera kerana ia merupakan kes kepentinga­n awam, kata Hakim Mahkamah Tinggi

-

“Mahkamah mengarahka­n responden (Menteri Dalam Negeri dan RoS) memfailkan afidavit jawapan sebelum atau pada 3 Mei manakala pemohon (PEJUANG) perlu memfailkan afidavit balasan sebelum atau pada 10 Mei. Kedua-dua pihak juga perlu memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 27 Mei.

Datuk Ahmad Kamal Md Shahid

Hakim Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Permohonan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftark­an parti itu, didengar pada 31 Mei ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang menetapkan tarikh tersebut pada pengurusan kes semalam berkata, mahkamah perlu mendengar kes itu dengan kadar segera kerana ia merupakan kes kepentinga­n awam.

“Mahkamah mengarahka­n responden (Menteri Dalam Negeri dan RoS) memfailkan afidavit jawapan sebelum atau pada 3 Mei manakala pemohon (PEJUANG) perlu memfailkan afidavit balasan sebelum atau pada 10 Mei. Kedua-dua pihak juga perlu memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 27 Mei,” katanya.

Prosiding itu dihadiri peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Pejuang dan Peguam Kanan Persekutua­n Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman yang bertindak bagi pihak Menteri Dalam Negeri dan RoS.

Pada 1 April lalu, PEJUANG memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan RoS yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftark­an parti itu, selepas Jabatan Peguam Negara tidak membantah permohonan parti itu.

Pada 1 Mac lepas, Setiausaha Agung Jawatankua­sa Penaja PEJUANG Datuk Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonan itu, Amiruddin antaranya memohon deklarasi bahawa kegagalan responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap surat rayuan parti PEJUANG pada 8 Januari lepas berkenaan penolakan pendaftara­n oleh responden kedua telah melanggar kewajipan statutorin­ya di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

Beliau juga memohon deklarasi

bahawa pelanggara­n kewajipan statutori responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan parti PEJUANG itu berkenaan penolakan pendaftara­n oleh responden kedua adalah tidak munasabah, berniat jahat, satu bentuk percubaan tidak wajar untuk menafikan hak berperlemb­agaan pemohon untuk berpersatu­an dan bertanding dalam pilihan raya umum menggunaka­n logonya sendiri.

Media pada 2 Februari lalu melaporkan, PEJUANG yang diasaskan oleh bekas

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengemukak­an rayuan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung pendaftara­n parti itu setelah permohonan mereka ditolak.

Hamzah pula dilaporkan berkata, permohonan pendaftara­n PEJUANG ditolak pada 6 Januari lepas berdasarka­n peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1966 dan parti itu boleh mengemukak­an rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia