Utusan Borneo (Sarawak)

Empat individu direman bantu siasatan kes pukul pekerja berpuasa

-

KLANG: Mahkamah Majistret Klang di sini mengeluark­an perintah reman kepada empat individu termasuk seorang pengawal peribadi bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa.

Perintah reman itu dikeluarka­n Majistret Solehah Noratikah Ismail semalam selepas membenarka­n permohonan polis untuk menahan kesemua suspek berusia 38 hingga 46 tahun tersebut.

Tiga daripada suspek yang merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit direman lima hari manakala pengawal peribadi itu direman tujuh hari, bermula semalam.

Kelmarin, pihak polis menahan empat individu, yang disyaki terlibat memukul dua pengawal peribadi dengan rotan kerana berpuasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada jam 4.16 petang kelmarin di Balai Polis Klang, berkaitan kejadian dua lelaki tersebut yang dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan menggunaka­n rotan oleh majikan dan seorang lagi pekerja.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa,” katanya.

Shamsul Amar berkata, majikan lelaki tersebut juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang seorang daripada dua lelaki tersebut (mangsa) dan mengacukan ke arahnya dan mengeluark­an ugutan yang menghina agama.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) mendatangk­an kecederaan, Seksyen 506 KK ugutan dan Seksyen 298 KK menghina Islam.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Empat individu termasuk seorang pengawal peribadi ditahan reman bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa.
— Gambar Bernama DIREMAN: Empat individu termasuk seorang pengawal peribadi ditahan reman bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia