Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic singkirkan Sinner dari Monte Carlo Masters

-

MONACO: Novak Djokovic mengatasi pemain remaja handal Jannik Sinner 6-4, 62 di Monte Carlo pada Rabu dalam penampilan pertama nombor satu dunia itu sejak Terbuka Australia pada Februari.

Dan pemain yang dipilih untuk bersaing dengannya di peringkat akhir, Rafael Nadal, juga tidak mendapat cabaran semasa menyingkir­kan Federico Delbonis 6-1, 62 dalam perlawanan tertunda ekoran kecederaan.

Ia terbukti sebagai perlawanan sebelah pihak di Monte Carlo Country Club, menyaksika­n Djokovic melangkah selesa ke peringkat seterusnya dalam masa sejam dan 34 minit.

“Mantap” ialah gambaran yang diberi Djokovic terhadap persembaha­nnya.

“Saya harus berpuas hati memandangk­an saya telah bermain dengan sengit dalam pusingan pertama, menentang Sinner, dan memberi hantaran bola dengan sangat baik.

Sinner menyatakan fokus beliau ialah “sentiasa tentang menambah baik”.

Juara 18 kali Grand Slam Djokovic akan bertarung buat kali pertama dengan Briton Dan Evans, seorang “pemain yang amat bijak” yang menyingkir­kan Hubert Hurkacz, dan mengatasi Sinner di Miami, untuk merebut tempat ke suku akhir.

Dalam perlawanan hari Rabu selepas itu, Nadal hanya memerlukan 81 minit untuk menghantar pulang pemain nombor 87 Delbonis, dengan Grigor Dimitrov menantinya di peringkat seterusnya.

Nadal sedang memburu kemenangan yang ke-12 dalam Principali­ty dan juga mencari mahkota ke-14 dalam Terbuka Perancis di Roland Garros bulan hadapan serta merekodkan Grand Slam ke-21.

Namun dalam perlawanan pertama ini sejak tumpas kepada Stefanos Tsitsipas di peringkat suku akhir Terbuka Australia, Nadal menyingkir­kan 16 pemain dan terus mengalahka­n Delbonis dari Argentina.

“Ia ialah permulaan yang bagus, ia sentiasa baik untuk kembali dalam pertanding­an dengan membawa kemenangan,” kata pemain berusia 34 tahun itu.

“Saya rasa saya bermain permainan yang mantap dan kekal mara.”

Pilihan kelima Alexander Zverev melepasi Lorenzo Sonego 6-3, 6-3, manakala Andrey Rublev memudahkan perlawanan buat pilihan Itali Salvatore Caruso, menang 6-3, 6-2.

Fabio Fognini, juara 2019, menumpaska­n Jordan Thompson 6-3, 6-3 juga mara ke 16 akhir.

 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Djokovic membalas pukulan pada perlawanan menentang Sinner di Kejohanan Monte Carlo ATP Masters Series di Monaco.
— Gambar AFP TANGKAS: Djokovic membalas pukulan pada perlawanan menentang Sinner di Kejohanan Monte Carlo ATP Masters Series di Monaco.
 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Aksi Sinner pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP TANGKAS: Aksi Sinner pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia