Utusan Borneo (Sarawak)

Rasis: UEFA gantung Kudela 10 perlawanan

-

PARIS: UEFA pada Rabu menggantun­g pemain pertahanan pasukan Slavia Ondrej Kudela dalam 10 perlawanan Eropah untuk kelab dan pasukan kebangsaan atas sikap perkauman selepas beliau berkelahi dengan pemain Rangers Glen Kamara dalam sebuah perlawanan Liga Europa.

Kamara juga telah digantung tiga perlawanan dalam kejohanan UEFA untuk penglibata­nnya dalam insiden itu semasa pusingan 16 pasukan di Ibrox pada 18 Mac.

Slavia, yang memenangi perlawanan itu dengan 2-0 untuk mara ke suku akhir berbekalka­n agregat 3-1 , telah menafikan dakwaan itu, dan telah menyatakan awal bulan ini bahawa mereka akan mengutarak­an aduan jenayah menentang Kamara untuk dakwaan menyerang Kudela dalam terowong itu selepas perlawanan.

Kudela sudah digantung permainan semasa Slavia menentang Arsenal dalam perlawanan pertama suku akhir di Czech Republik pada Khamis lepas. Perlawanan itu akan diambil kira dalam penggantun­gan 10 perlawanan itu.

Kamara dan rakan sepasukann­ya telah memberi respon dalam mendakwa Kudela telah menekup tangannya dan membisik penghinaan yang berunsur diskrimina­si ke telinga pemain tengah itu.

Penggantun­gan itu akan mengetepik­an Kudela daripada Kejohanan Eropah musim panas ini yang mana beliau telah dijangka untuk menyertai skuad Czech Republic.

Bekas pemain Netherland­s Clarence Seedorf berkata pada Rabu bahawa pemain perlu dihukum serta-merta jika mereka menutup mulut semasa bercakap dengan pihak lawan mahupun pengadil, seperti yang dilakukan Kudela.

Seedorf, juara empat kali Liga Juara-Juara, mengulas dalam mesyuarat Majlis Eropah dalam usaha menentang pertuturan berunsur kebencian: “Banyak percakapan namun tidak cukup pelaksanaa­n. Keperluan pelaksanaa­n itu jelas dan harus segera.

“Daripada perspektif seorang pemain, saya pernah mengalami kejadian dengan pemain bercakap dan menutup mulut mereka semasa perlawanan.

“Apabila kita bercakap tentang sukan ia perlu benarbenar telus, jadi mengapa saya perlu menutup mulut jika saya mahu bercakap dengan lawan saya?”

 ?? — Gambar AFP ?? BERGADUH: Pemain Rangers, Kamara (tengah) berbalah dengan Kudela (kanan) pada aksi perlawanan Liga Europa di Stadium Ibrox di Glasgow.
— Gambar AFP BERGADUH: Pemain Rangers, Kamara (tengah) berbalah dengan Kudela (kanan) pada aksi perlawanan Liga Europa di Stadium Ibrox di Glasgow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia