Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen negara mampu melakar kejutan di Paralimpik 2020 Tokyo

-

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo perlu diberi perhatian dan dijangka mencipta kejutan pada temasya terbesar dunia itu yang dijadual membuka tirai pada 24 Ogos depan.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata MPM menjangkak­an dapat mengekalka­n, malah berupaya mengatasi rekod tiga pingat emas dituai kontinjen negara pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Mungkin ada kejutan dalam Sukan Paralimpik, mungkin ada (pingat) emas yang kita tak dapat dari apa yang disasarkan tetapi yang tidak dijangka-jangka pula raih emas,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Tokyo di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

“Insya-Allah kita mahu mengekalka­n lebih dari tiga emas serta konsisten, walaupun kita tidak heboh tetapi saya tahu ramai atlet telah mencapai catatan peribadi terbaik dan ada yang lebih baik dari itu tetapi saya tak boleh dedahkan,” katanya

Sehubungan itu, Megat D Shahriman berkata sasaran akhir hanya akan diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Tiga pingat emas negara pada temasya Sukan Paralimpik 2016 masing-masing disumbangk­an Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (acara 100m T36), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru T20) dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20.

Sementara itu, dalam majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Tokyo, Megat D Shahriman turut diumumkan secara rasmi sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik 2020.

“Disebabkan saya sebelum ni Ketua Kontinjen skuad Para ASEAN 2019 di Filipina malangnya penganjura­n dibatalkan, jadi is satu kesinambun­gan atas usaha keras dan komitmen saya dalam melaksanak­an tugas diamanahka­n,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik 2020 menerima tajaan sepenuhnya untuk berada 10 hari lebih awal di Jepun sebelum tarikh dijadual memasuki perkampung­an sukan itu.

Tanpa mendedahka­n nilai tajaan berkenaan, beliau berkata tajaan itu daripada Datuk Bandar Miyoshi, Hiroshima, Jepun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Reezal Merican bergambar bersama para atlet kebangsaan pada Majlis Pelancaran Detik 100 Hari Ke Tokyo 2020 di Dewan Banquet Casa 4 Majlis Sukan Negara, semalam. Temasya Sukan Olimpik dijadualka­n berlangsun­g pada 23 Julai sehingga 3 Ogos 2021 manakala Sukan Paralimpik pula akan berlangsun­g pada 24 Ogos hingga 5 September 2021.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Reezal Merican bergambar bersama para atlet kebangsaan pada Majlis Pelancaran Detik 100 Hari Ke Tokyo 2020 di Dewan Banquet Casa 4 Majlis Sukan Negara, semalam. Temasya Sukan Olimpik dijadualka­n berlangsun­g pada 23 Julai sehingga 3 Ogos 2021 manakala Sukan Paralimpik pula akan berlangsun­g pada 24 Ogos hingga 5 September 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia