Utusan Borneo (Sarawak)

PROJEK JALAN UTAMA KEDUA PEMACU PEMBANGUNA­N EKONOMI

Jalan ini akan memacu pembanguna­n ekonomi wilayah tengah khasnya dan seluruh Sarawak amnya, kata Len

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Projek Jalan Utama Kedua berperanan sebagai pemacu pembanguna­n ekonomi bukan sahaja di kawasan wilayah tengah malah di seluruh Sarawak.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, seramai 15 pemilik tanah yang terlibat dalam projek Jalan Utama Kedua menerima pampasan berjumlah lebih RM3 juta.

“Sebenarnya hari ini, kita ada seramai 160 penerima melibatkan pampasan sebenarnya berjumlah RM26 juta tetapi oleh kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kita hanya memanggil 15 orang hari ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an cek pampasan tanah bagi projek Jalan Utama Kedua Pakej C2: Menaik Taraf Jalan Tanjung Genting dari simpang Tulai ke Jambatan Lanang Bahagian Sibu semalam.

Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belawai memberitah­u, program tersebut merupakan sebahagian daripada pampasan yang telah dibayar kepada mereka yang terlibat dalam projek Jalan Utama Kedua ini melibatkan RM126 juta.

“Bagi pakej Sibu ini saja ialah RM26 juta melibatkan 10.2 kilometer tetapi dengan bayaran terbanyak kerana nilai tanah berdekatan bandar Sibu.

Sebenarnya hari ini, kita ada seramai 160 penerima melibatkan pampasan sebenarnya berjumlah RM26 juta tetapi oleh kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kita hanya memanggil 15

” orang hari ini.

Datu Len Talif Salleh

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

“Dengan adanya program yang kita adakan ini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mula menjalanka­n aktiviti untuk membangunk­an jalan raya yang kita sudah ada sekarang daripada dua lorong kepada empat lorong.

“Insya-Allah apa yang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tekankan dalam tiga hingga empat tahun akan datang Jalan

Pan Borneo siap mungkin lebih awal daripada itu.

“Begitu juga jalan pesisir dan jalan yang ketiga ini iaitu Jalan Utama Kedua akan siap dalam empat hingga lima tahun ini. Pada masa itu kita akan merancakka­n ekonomi di kawasan ini,” ujarnya.

Tambahnya, dengan adanya tiga jajaran jalan tersebut akan dapat memacukan lagi ekonomi bukan sahaja di wilayah tengah malah di seluruh Sarawak.

“Dengan pelancaran semua jambatan yang telah ditarik balik atau dibatalkan oleh kerajaan terdahulu, telah dirasmikan Ketua Menteri bermula dari Jambatan Batang Rembungan, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Batang Saribas, Jambatan Krian.

“Jambatan Batang Rajang di Pasi ke Tanjung Manis, Jambatan Batang Paloh, Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Igan.

“Insya-Allah dengan siapnya semua jambatan ini kita dapat memacukan ekonomi dan jalan dari Kapit telah bersambung ke Sibu kita dapat membangunk­an Lembah Rejang ini,” ujarnya.

Hadir sama ialah Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sibu Mohamad Muazziz Othman dan Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamed.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA: Len (tengah) menyampaik­an cek pampasan tanah kepada salah seorang penerima pampasan projek Jalan Utama Kedua Pakej C2: Menaik Taraf Jalan Tanjung Genting dari simpang Tulai ke Jambatan Lanang Bahagian Sibu.
TERIMA: Len (tengah) menyampaik­an cek pampasan tanah kepada salah seorang penerima pampasan projek Jalan Utama Kedua Pakej C2: Menaik Taraf Jalan Tanjung Genting dari simpang Tulai ke Jambatan Lanang Bahagian Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia