Utusan Borneo (Sarawak)

MAN CITY BERTEMU PSG DI SEMIFINAL

-

DORTMUND: Manchester City tempah pertemuan dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Paris SaintGerma­in, ketika menyaksika­n gol kemenangan oleh Phil Foden pada separuh masa kedua mengikat kemenangan 2-1 ke atas Borussia Dortmund pada Rabu sekaligus membawa pendahulu Liga Perdana itu ke peringkat seterusnya dengan keputusan agregat 4 –2.

Pemain tengah Jude Bellingham membuka gol pendahulua­n awal untuk Dortmund, namun sepakan penalti separuh masa kedua Riyad Mahrez dan rembatan hebat Foden berjaya membawa City ke empat terakhir dalam pertanding­an kelab gah Eropah buat kali kedua.

Setelah menjaringk­an gol kemenangan minit ke-90 untuk menghadiah­kan City kemenangan 2-1 dalam permainan pertama minggu lepas di Manchester, pemain kebangsaan England Foden sekali lagi meranapkan hati Dortmund.

“Akhirnya kami berada dalam separuh akhir dan kami sangat gembira,” kata Guardiola dengan skuadnya berhasrat untuk memenangi empat kejohanan musim ini.

“Anak buah saya layak menerimany­a kerana pencapaian mereka musim ini amat menakjubka­n.”

Guardiola memuji pasukan Mauricio Pochettino, PSG selepas mereka melangkah antara pasukan empat terakhir dengan sengit melepasi pendahulu Bayern Munich dengan gol peraturan tempat lawan.

“Kita menyaksika­n semalam betapa kuatnya PSG, Neymar seorang pemain cemerlang dan mereka telah menyingkir­kan pasukan terbaik dunia,” kata Guardiola.

“Kini tiba masanya untuk meraikan dan minum banyak wain, kemudian bersedia untuk bersemuka dengan Chelsea dalam separuh akhir Piala FA pada Sabtu.”

City telah keluar padang semasa peringkat suku akhir dalam setiap tiga musim lalu, dan terpaksa bekerja keras di Signal Iduna Park apabila Dortmund menampilka­n kehebatan Bundesliga mereka dan mendahului pada minit ke-15.

Empat hari selepas mencatatka­n gol pertama Bundesliga beliau, Bellingham sekali lagi merembat jaring buat kali pertama dalam Liga JuaraJuara.

Bola sepakan jauh Emre Can disambut Erling Braut

Haaland dalam kawasan itu, pemain Norway itu lalu melorong bola kepada Dahoud, dan meskipun cubaannya diselamatk­an, Bellingham menyepak lengkung bola muntah itu melepasi Ederson.

Akur dengan gol awal yang mengapi-apikan City, menyaksika­n cubaan kapten Kevin De Bruyne terkena palang 10 minit kemudian selepas kecuaian Mateu Morey.

Penjaga gol Dortmund Marvin Hitz menyelamat kemas untuk menafikan hantaran Foden dan tandukan oleh Oleksandr Zinchenko, sementara Bellingham mempertaha­nkan untuk menghalang cubaan Mahrez.

Can hampa apabila beliau menghadiah­kan penalti 10 minit selepas masa rehat dengan menanduk bola sudut ke tangannya sendiri.

“Itu perit, ia sangat memedihkan,” kata Can. “Saya menyentuh bola itu dengan kepala saya pada mulanya kemudian dengan tangan saya”.

Mahrez menyempurn­akan sepakan percuma itu dengan merembat bola itu melepasi Hitz.

Pemain Algeria itu meraikan gol tempat lawan yang amat bermakna buat City sebelum disanjung rakan sepasukann­ya.

Gol kemenangan mereka menyusul 15 minit kemudian apabila Mahrez menyepak dari sudut kepada Bernardo Silva, yang menemui Foden di penjuru kawasan penalti.

Pemain 20 tahun itu menunjukka­n kehebatan sepakan kidal rendah melepasi Hitz dan masuk ke pintu gol sebelum terus meluru untuk meraikan dengan Guardiola di tepi padang.

Ia merupakan malam yang sepi buat penjaring gol terhebat Dortmund, Haaland, yang kini gagal menjaringk­an gol dalam tujuh perlawanan terakhir buat kelab dan pasukan negara.

“Kami menyimpan impian besar, tetapi malangnya ia berakhir kini,” keluh jurulatih Dortmund Edin Terzic. — AFP

Anak buah saya layak menerimany­a kerana pencapaian mereka musim ini amat menakjubka­n.

Pep Guardiola

Pengurus Manchester City

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SAAT GENTING: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Dortmund dan Manchester City di Dormtund. Manchester City menang 2-1 pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP SAAT GENTING: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Dortmund dan Manchester City di Dormtund. Manchester City menang 2-1 pada perlawanan tersebut.
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia