Utusan Borneo (Sarawak)

PRASARANA sedia sahur untuk petugas barisan hadapan

-

MENGHARGAI pengorbana­n dan jasa bakti wirawira barisan hadapan dalam perjuangan membantera­s wabak COVID-19, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) mengambil inisiatif menyediaka­n juadah makan sahur untuk anggota polis dan kakitangan hospital.

Program ‘Singgah Sahur Bersama Frontliner­s’ berkenaan yang membuka tirai di sekitar Lembah Klang kelmarin dengan juadah dihantar menggunaka­n bas RapidKL akan diteruskan malam kelmarin di Pulau Pinang melalui Rapid Penang.

Bukan sekadar mengambil keberkatan bersedekah di bulan Ramadan, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij berkata, sumbangan ini diharap akan menyuntik semangat mereka meneruskan usaha melawan penularan pandemik ini yang masih belum selesai sehingga sekarang.

“Sebenarnya sesi ni adalah inisiatif yang kami namakan Kongsi Rezeki yang satu daripada (manfaatnya), kami ambil peluang...untuk berjumpa petugas barisan hadapan.

“Mereka ini petugas barisan hadapan yang tak selesai lagi tugas mereka jadi kami datang untuk tunjukkan sokongan kepada mereka dan kami harap yang lain boleh ikut sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan program berkenaan bersama Skuad Singgah Sahur Prasarana untuk hari pertama, malam kelmarin ke balai-balai polis di daerah Kajang dan Hospital Besar Serdang.

Malam ini (semalam), PRASARANA akan meneruskan misi yang sama ke Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Sri Hartamas dan Balai Bomba Sentul serta di beberapa lokasi di Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Serdang, Nur Aiena Othman menyifatka­n inisiatif PRASARANA menyumbang­kan juadah sahur ini bertepatan dengan keperluan petugas yang mengalami kesukaran untuk mencari premis makanan ketika sedang melaksanak­an tugas.

“Terima kasih kepada pihak PRASARANA kerana sudi menjadi agensi atau organisasi pertama yang membantu kami pada waktu sahur, biasanya waktu sahur di sini tak ada premis makanan, kadang-kadang mereka (petugas) hanya bawa bekal biskut ataupun roti,” katanya.

Antara inisiatif lain PRASARANA bagi menyokong aspirasi #KongsiReze­ki Kerajaan adalah kempen Rapid KL Support Lokal 2.0 yang dilancarka­n pada 9 April lepas untuk membantu peniaga makanan di sepanjang jajaran pengangkut­an RapidKL dan usahawan dalam talian serta Bazaar Ramadan di stesen-stesen LRT terpilih.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Muhammad Yazurin (dua kiri) bergambar bersama Nur Aiena (dua kanan) pada program Singgah Sahur PRASARANA yang diadakan di Hospital Serdang, dekat Serdang semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Muhammad Yazurin (dua kiri) bergambar bersama Nur Aiena (dua kanan) pada program Singgah Sahur PRASARANA yang diadakan di Hospital Serdang, dekat Serdang semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SANTUNI PETUGAS HADAPAN: Muhammad Yazurin (kanan) mengagihka­n sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan pada program Singgah Sahur PRASARANA di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
— Gambar Bernama SANTUNI PETUGAS HADAPAN: Muhammad Yazurin (kanan) mengagihka­n sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan pada program Singgah Sahur PRASARANA di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Muhammad Yazurin (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Nur Aiena pada program Singgah Sahur PRASARANA yang diadakan di sekitar bandar Kajang.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Muhammad Yazurin (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Nur Aiena pada program Singgah Sahur PRASARANA yang diadakan di sekitar bandar Kajang.
 ??  ??
 ??  ?? NUR AIENA
NUR AIENA
 ??  ?? MUHAMMAD YAZURIN
MUHAMMAD YAZURIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia