Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka tempatkan polis pantau pematuhan SOP di bazar Ramadan

-

MELAKA: Kerajaan negeri akan menempatka­n pegawai dan anggota polis bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kesemua 70 bazar Ramadan di Melaka secepat mungkin.

Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata selain polis, beliau juga telah mengarahka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang mempunyai kuasa untuk mengeluark­an kompaun, untuk turut berada di sekitar bazar Ramadan.

“Ketika ini, penganjur dan peniaga telah mematuhi SOP yang digariskan kerajaan namun berbeza dengan pengunjung yang masih degil untuk mematuhi SOP penjarakan sosial walaupun mereka memakai pelitup muka dan mengimbas kod MySejahter­a.

“Penganjur dan peniaga masing-masing telah melaksanak­an tanggungja­wab mereka tapi pengunjung pula yang buat hal dengan berebut-rebut ketika membeli juadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Santuni Kasih Permata Hati sempena Sambutan Ulang Tahun ke18 Bandaraya Melaka Bersejarah di Hospital Melaka di sini, semalam.

Sulaiman berkata, beliau tidak teragak-agak untuk membatalka­n bazar Ramadan di negeri berkenaan jika berlakunya peningkata­n kes jangkitan COVID-19 selepas ini, selaras dengan saranan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang bermesyuar­at kelmarin.

“Kalau ini berlaku (peningkata­n kes COVID-19) saya tak teragak-agak untuk batalkan bazar Ramadan. Tapi saya juga kesian dengan peniaga yang baru nak berniaga pada tahun ini selepas tak dibenarkan pada tahun lepas.

“Jangan sebab kita (pengunjung) tak patuh SOP peniaga pula yang tak boleh cari makan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia