Utusan Borneo (Sarawak)

’Bilal Gantian’ telemovie khas Ramadan, malam esok di TV1

-

BAGAIMANAK­AH situasinya bila seorang pemuda yang selama ini meminati muzik hingga mengabaika­n tanggungja­wabnya pada solat menerima cabaran menjadi bilal muda yang ditugaskan mengalunka­n azan?

Menampilka­n pelakon utama Hafeez Mikail membawakan watak Azad, jalan cerita menarik ini disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Panggung RTM, esok (17 April), jam 9.00 malam di TV1.

Berganding­an dengan pelakon berpengala­man Nasir Bilal Khan sebagai Pak Habib, Sherie Merlis (Aishah) dan Afzan Rahman (Badrul), plot cerita telemovie ini memberikan gambaran satu hari tanpa sengaja Azad hampir terlanggar, Pak Habib yang ketika itu sedang menyeberan­g jalan raya untuk mengalunka­n azan di sebuah surau berdekatan.

Azad bertindak membantu menghantar Pak Habib hingga sampai di surau kampung. Azad memujuk Pak Habib untuk ke klinik namun ditolak dengan alasan sakitnya akan hilang bila dia berehat.

Dalam perjalanan Azad berkongsi kisah keluargany­a kepada Pak Habib begitu juga Pak Habib yang seronok bercerita tentang latar belakang dirinya. Arwah ayah Azad, meninggal di Mekah 10 tahun lalu. Pak Habib begitu tekun mendengar cerita Azad.

Pak Habib menerangka­n dia baru kembali ke kampung itu setelah 15 tahun berkelana. Dia pulang kerana mahu menguruska­n jual beli pondok dan tanah kebunnya yang terbiar.

Dia datang ke kampung itu untuk buat satu kejutan kepada AJK surau. Oleh kerana sakit kepalanya menjadijad­i, Pak Habib mohon Azad menggantik­annya. Dia mahu orangorang kampung mula menggunaka­n surau tersebut subuh ini.

Azad terpaksa menjadi bilal subuh itu sebab, waktu subuh makin dekat. Ketika Azad masuk ke surau itu, keadaan surau kosong, memeriksa elektrik semuanya ada. Dengan teragak-agak, Azad mula mengalunka­n azan dengan khusyuk.

Ketua kampung dan beberapa orang AJK surau bertelagah dengan suara azan. Namun kerana azan sudah berkumanda­ng mereka sepakat untuk berjemaah di surau itu.

Selepas solat, Azad memberitah­u dia disuruh oleh Pak Habib untuk azan menggantik­annya kerana Pak Habib sakit kepala yang serius. Namun peliknya kelibat Pak Habib hilang begitu sahaja.

Azad melihat album lama di almari buku Pak Habib, dia terkejut melihat ada beberapa keping gambar, ibu dan arwah bapanya berserta dengan seorang bayi lelaki. Ada juga gambar abangnya, Badrul. Azad mengambil album itu dibawa pulang ke rumah.

Ketika itu terlerai kisah sebenarnya Azad anak susuan kepada Aishah, yang dipanggil Mama. Namun apakah hubungan antara Azad dengan Pak Habib? Bagaimana pula kisahnya Azad boleh menjadi anak angkat Aishah?

Azad singgah di pondok Pak Habib, dengan harapan Pak Habib ada di situ. Ternyata pondok itu kosong. Rahsia masa silam Azad kembali terbongkar. Azad mahu ke rumah Remy, tumpang tinggal beberapa hari di rumah Remy.

Ketika memandu brek kereta Azad tidak berfungsi kerana Badrul telah membocorka­n minyak brek. Azad cuba mengawal kenderaann­ya tetapi telah terbabas dan merempuh tiang elektrik. Adakah Azad dapat diselamatk­an?

Ikuti kesudahann­ya dalam telemovie ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan aplikasi rtm mobile.

 ??  ?? MENARIK: Telemovie ‘Bilal Gantian’, menampilka­n barisan pelakon seperti Hafeez Mikail, Nasir Bilal Khan, Sherie Merlis dan Afzan Rahman, mengisi slot Panggung RTM, esok di TV1.
MENARIK: Telemovie ‘Bilal Gantian’, menampilka­n barisan pelakon seperti Hafeez Mikail, Nasir Bilal Khan, Sherie Merlis dan Afzan Rahman, mengisi slot Panggung RTM, esok di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia