Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n PKP seluruh negara langkah tepat: WHO

-

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk meletakkan Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sekali lagi bermula hari ini hingga 7 Jun, adalah langkah tepat untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini yang semakin meningkat.

Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Ying-Ru Jacqueline Lo berkata, langkah itu penting kerana kapasiti penggunaan hospital telah mencapai tahap kritikal dengan peningkata­n kes harian.

Beliau berkata rakyat

Malaysia tiada pilihan selain mengehadka­n kontak dalam kalangan orang ramai dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penyebaran COVID-19 pada masa ini.

“Kita melintasi garis merah apabila wad hospital dan unit rawatan rapi (ICU) sudah penuh. Apabila lebih ramai pekerja penjagaan kesihatan dijangkiti, terdapat risiko sistem penjagaan kesihatan kita akan lumpuh,” katanya ketika dihubungi semasa program Mid-day Update oleh Bernama TV semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin

Yassin mengumumka­n pelaksanaa­n PKP di seluruh negara bermula esok selepas Mesyuarat Majlis Keselamata­n Negara (MKN) khas mengenai pengurusan COVID-19 yang dipengerus­ikannya di Putrajaya.

Dr Lo berkata, orang ramai perlu menyokong langkah itu kerana ia turut dilaksanak­an banyak negara untuk mencegah wabak itu.

Beliau yang turut memahami kekecewaan masyarakat untuk menyambut Aidilfitri, menegaskan bahawa ia perlu dilakukan untuk terus mengelakka­n kontak.

“Sukar untuk kerajaan mengumumka­n langkah drastik ini, tetapi secara jelas WHO mengesyork­an agar masyarakat menjadi sebahagian daripada langkah itu kerana kerajaan tidak mampu melakukann­ya sendirian.

“Perlu juga diingat bahawa situasi pandemik ini boleh berubah dengan cepat dan masyarakat perlu terus mendengar setiap arahan daripada pihak berkuasa kesihatan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu terus melibatkan setiap sektor yang terbabit khususnya ekonomi, agar mereka melaksanak­an langkah keselamata­n dalam perniagaan­nya. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia