Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan berarak di Sudan, tuntut keadilan untuk penunjuk perasaan 2019

-

KHARTOUM: Beratus-ratus orang berarak kelmarin di ibu kota Sudan dalam menuntut keadilan untuk penunjuk perasaan yang dibunuh semasa demonstras­i antikeraja­an yang mengakibat­kan penyingkir­an presiden Omar al-Bashir lebih dua tahun lepas.

Protes tersebut diadakan di luar ibu pejabat tentera di Khartoum yang menyaksika­n perhimpuna­n beribu-ribu orang pada 2019 yang mendesak Bashir untuk meletakkan jawatan serta menyeru peralihan kepada pemerintah­an orang awam.

Demonstras­i kelmarin bermula sejurus sebelum iftar, makan malam untuk berbuka puasa ketika bulan suci Ramadan.

Ia menandakan dua tahun selepas peristiwa berdarah dalam menyuraika­n perhimpuna­n besar di luar ibu pejabat tentera itu.

Penunjuk perasaan membawa panji-panji dan gambar mangsa yang dibunuh ketika kekecohan pentadbira­n 2019.

“Pembalasan untuk yang tidak bersalah,” seru mereka dengan mengibarka­n bendera Sudan. “Kami akan terus menegakkan keadilan,” kata Samar Hassan.

Salah seorang penunjuk perasaan berkata mereka akan mengadakan demonstras­i sekali lagi sekiranya kerajaan gagal untuk melampirka­n penemuan dalam siasatan insiden pembunuhan 2019 sebelum 3 Jun ini.

Kemudian, pasukan keselamata­n menyembur gas pemedih mata untuk menyuraika­n protes itu.

Sebelum perhimpuna­n kelmarin, pihak berkuasa Sudan telah mendirikan sekatan jalan menuju ke ibu pejabat tentera.

Dalam ciapan di Twitter, Perdana Menteri Abdalla Hamdok menggambar­kan kekecohan 2019 itu sebagai “keganasan ekstrem”.

Beliau berikrar bahawa kerajaan peralihann­ya, yang berkuasa selepas penyingkir­an Bashir, akan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Pengambila­lihan 2019 tersebut mengakhiri pemerintah­an tiga dekad di bawah Bashir.

Pemerintah kuku besi itu disingkirk­an pada April 2019, namun penunjuk perasaan tetap berhimpun selama berminggu-minggu dalam mendesak pemindahan pemerintah­an daripada tentera kepada orang awam.

Pada Jun 2019 dan penghujung Ramadan, anggota tentera menggunaka­n kekerasan untuk menyuraika­n perhimpuna­n tersebut.

Pergolakan beberapa hari itu menyaksika­n sekurangku­rangnya 128 mangsa terkorban, menurut pegawai perubatan yang terlibat dalam gerakan protes antikeraja­an itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT KEADILAN: Penunjuk perasaan berhimpun di luar ibu pejabat tentera di Khartoum kelmarin ketika menuntut keadilan untuk peserta protes antikeraja­an yang mati dibunuh pada 2019.
— Gambar AFP TUNTUT KEADILAN: Penunjuk perasaan berhimpun di luar ibu pejabat tentera di Khartoum kelmarin ketika menuntut keadilan untuk peserta protes antikeraja­an yang mati dibunuh pada 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia