Utusan Borneo (Sarawak)

Peru siasat dakwaan penduduk disuntik dengan picagari kosong

-

LIMA: Peru kelmarin membuka siasatan ke atas dakwaan bahawa segelintir orang yang mendapatka­n dos vaksin COVID-19 hanya disuntik dengan angin, mewujudkan spekulasi bahawa terdapat pasaran hitam untuk inokulasi.

Kementeria­n kesihatan menyatakan terdapat tiga kes dilaporkan yang mana “rupa-rupanya, picagari yang digunakan untuk pemvaksina­n tidak mengandung­i dos untuk menentang COVID-19”, menambah bahawa “satu siasatan telah dimulakan.”

Perkara tersebut mula dipersoalk­an selepas seorang peneman birawati ke janji temu pemvaksina­n di Lima, dan merakamnya, menyedari bahawa picagari yang digunakan itu kosong.

Peneman itu mempersoal­kan, bilakah jururawat itu mengisi dos vaksin Pfizer.

Rakaman insiden tersebut dimuat naik di media sosial pada Isnin, diikuti dengan laporan insiden yang sama di tempat lain di bandar tersebut.

Kementeria­n menjelaska­n dalam kenyataan bahawa pemantauan dan langkah-langkah pengawalan telah dipertingk­atkan, serta sebarang pegawai perubatan profesiona­l yang terlibat dalam skema berkenaan untuk menyimpan vaksin bagi tujuan jual semula bakal dihukum berat.

Peru, negara dengan 33 juta rakyat, telah mencatatka­n sekitar 1.8 juta kes jangkitan COVID-19 dan lebih 64,000 kematian.

Kempen vaksinasin­ya, yang menggunaka­n dos daripada pengeluar ubat Sinopharm, Pfizer dan AstraZenec­a, dijalankan dengan perlahan, menyaksika­n hanya 2.2 peratus daripada populasi sudah menerima dua dos setakat ini.

Kempen tersebut masih mengagihka­n vaksin dalam kalangan rakyat berusia 70 tahun ke atas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia