Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat telekomuni­kasi tawar panggilan percuma

Tawaran bermula pada jam 10 malam semalam hingga 10 pagi ini

-

Setiap penyedia perkhidmat­an akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing. Para pelanggan dinasihati untuk menghubung­i penyedia perkhidmat­an masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran

” perkhidmat­an ini.

Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Komunikasi dan Multimedia

PUTRAJAYA: Syarikat telekomuni­kasi tempatan akan menyediaka­n panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai jam 10 malam tadi hingga 10 pagi ini iaitu pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu dapat dinikmati semua pelanggan perkhidmat­an syarikat telekomuni­kasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YES.

“Setiap penyedia perkhidmat­an akan memberikan tawaran panggilan percuma ini

tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing. Para pelanggan dinasihati untuk menghubung­i penyedia perkhidmat­an masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran perkhidmat­an ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, kemudahan itu diharapkan dapat membantu rakyat Malaysia untuk saling berhubung dan mengeratka­n silaturahi­m dengan keluarga tersayang serta rakan taulan walaupun aktiviti ziarah dan kunjungmen­gunjungi tidak dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 7 Jun depan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Saifuddin dalam pada itu turut menzahirka­n ucapan penghargaa­n kepada syarikat telekomuni­kasi dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama dalam pematuhan PKP kali ini demi mengekang jangkitan COVID-19.

“Sama-sama kita berdoa agar lekuk pandemik ini dapat dilandaika­n dengan pengorbana­n dan usaha semua pihak. Insya-Allah kita semua akan dapat meneruskan kehidupan dan kelangsung­an hidup, untuk masa depan yang lebih baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia