Utusan Borneo (Sarawak)

LUAS pantau 24 jam sungai-sungai utama di Selangor

-

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempergiat­kan operasi pemantauan 24 jam di lembangan sungai utama untuk memastikan insiden pencemaran tidak menjejaska­n operasi loji rawatan air (LRA) dan seterusnya gangguan bekalan air kepada pengguna ketika musim perayaan dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa.

Dalam kenyataan semalam, LUAS memaklumka­n operasi pemantauan tanpa henti itu dilaksanak­an oleh Skuad Pantas LUAS di kawasankaw­asan sensitif sumber air iaitu di Lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang termasuk empangan-empangan negeri bagi memastikan tiada berlaku sebarang insiden penceroboh­an selain memastikan kelangsung­an sumber air di Selangor sentiasa terjamin dan terpelihar­a.

“Selain daripada pemantauan dan rondaan setiap hari, LUAS turut melaksanak­an pemantauan statik (pensampela­n in-situ) di kawasan strategik yang dikenal pasti berisiko.

“Dalam masa yang sama, pensampela­n berkala seperti kajian kebersihan di lembangan sungai juga dilaksanak­an bagi memantau status kualiti air dengan lebih berkesan,” menurut kenyataan itu.

LUAS memberitah­u pihaknya juga sentiasa bersiap siaga melalui Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) sumber-sumber air alternatif seperti HORAS 600 dan off-river storage (ORS) di Bestari Jaya yang akan menyalurka­n air sebagai sumber tambahan bagi membantu mempercepa­tkan langkah-langkah kawalan dan mitigasi sekiranya berlaku insiden-insiden yang tidak diingini.

Setakat kelmarin, LUAS telah berjaya mencegah 24 insiden pencemaran daripada menjejaska­n operasi LRA (Kod Kuning - insiden yang berpotensi menyebabka­n henti tugas LRA) dan hingga kini, tiada kes pencemaran yang menyebabka­n henti tugas LRA (Kod Merah) direkodkan.

LUAS menyeru orang awam untuk melaporkan segera melalui talian WhatsApp +6019 264 7904 atau e-mel aduan@luas.gov.my sekiranya ada sebarang aktiviti mencurigak­an yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air agar insiden pencemaran dapat dielakkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia