Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak semalam

Satu di daerah Sri Aman dan enam di Kuching, kluster di Sri Aman adalah Kluster Nanga Skrang

-

Kluster Nanga Skrang merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Nanga Skrang Ulu di daerah Sri Aman.

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak semalam mengisytih­arkan tujuh kluster baharu iaitu satu di daerah Sri Aman dan enam di Kuching.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, kluster di Sri Aman adalah Kluster Nanga Skrang.

“Kluster Nanga Skrang merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Nanga Skrang Ulu di daerah Sri Aman.

“Sejumlah 66 individu telah disaring di mana 27 kes telah dikesan positif COVID19 termasuk kes indeks 28 kes didapati negatif dan 11 kes individu masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah ditempatka­n di PKRC Sri Aman, PKRC Betong dan PKRC Serian bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut. Kesemua kontak rapat telah dikenal pasti dan telah dikuaranti­n,” katanya.

Sementara itu, enam kluster baharu di Kuching adalah Kluster Skim Penempatan Stapok, Kluster Asia Villa, Kluster Jalan Rubber, KlusterKon­sortium Bumi Kluster KEMAS dan Kluster Singgahsan­a Lodge.

Menurut JPBNS, Klus

JPBNS

ter Skim Penempatan Stapok melibatkan sebuah skim penempatan di Stapok, Kuching.

Dari kluster berkenaan sejumlah 117 individu disaring di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 57 kes didapati negatif dan 34 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan dimasukkan ke PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut. Kesemua kontak rapat telah dikenal pasti dan dikuaranti­n.

Manakala lima kluster baharu di Kuching yang diisytihar­kan semalam tidak merekodkan kes baharu setakat semalam.

Kesemua kes melibatkan kluster-kluster tersebut dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching untuk rawatan lanjut dan pengasinga­n.

JPBNS berkata, penambahan tujuh kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 83 kluster.

“Sebanyak 11 kluster telah merekodkan 44 penambahan kes baharu manakala 72 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” kata JPBNS.

Sementara itu berhubung status daerah di negeri ini, JPBNS berkata semalam, daerah Julau telah kembali kepada status Jingga daripada status Merah setelah merekodkan hanya 40 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Katanya ia menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah menurun kepada 27 daerah dan terdapat satu daerah berstatus Jingga.

Manakala 10 daerah kekal berstatus Kuning dan dua daerah kekal berstatus Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia