Utusan Borneo (Sarawak)

Patuhi larangan keselamata­n, kesihatan ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri: See

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How menasihati masyarakat agar mematuhi larangan keselamata­n dan kesihatan sehingga pandemik COVID-19 berakhir ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri katanya, diraikan oleh semua rakyat Sarawak terutama masyarakat Muslim yang telah berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan.

“Larangan dikenakan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak tahun ini mengehadka­n sambutan kepada satu hari sahaja.

“Larangan adalah penting untuk memastikan kesihatan dan keselamata­n diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruha­nnya,” katanya.

See menambah, Parti Sarawak Bersatu (PSB) ambil maklum bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak tahun ini hanya setengah bulan beza.

Justeru, ahli PSB di seluruh Sarawak mengambil usaha untuk mengagihka­n bakul makanan Raya Gawai kepada ratusan ribu keluarga di kampung-kampung dan rumah panjang.

Malah katanya, di bandar dan pusat bandar, terdapat ramai keluarga memerlukan yang hidup susah akibat pandemik dan larangan yang dikenakan bagi mengekang virus.

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak tahun ini mempunyai signifikan kerana ia adalah masa yang akan memperkuku­hkan hubungan antara semua ahli dalam masyarakat Sarawak kita,” katanya.

See turut berharap dan optimistik bahawa perpaduan rakyat negeri ini akan membolehka­n Sarawak melalui pandemik ini serta memulihkan ekonomi sepenuhnya dalam masa terdekat.

Terdahulu See hadir mengagihka­n bakul makanan Raya Gawai kepada keluarga berpendapa­tan rendah di sini.

 ??  ?? PRIHATIN: See (tiga kanan) mengagihka­n bakul makanan Raya Gawai kepada keluarga memerlukan di Kuching.
PRIHATIN: See (tiga kanan) mengagihka­n bakul makanan Raya Gawai kepada keluarga memerlukan di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia