Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur mengaku pecah rumah dan mencuri kena 24 bulan

-

MIRI: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah dan curi.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 27 April lalu.

Siaw Tzih Kong, 49, dari Pujut Corner di sini telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, seorang kontraktor berusia 47 tahun telah membuat laporan polis dengan mendakwa rumah sewanya yang terletak di Jalan Cosmos 3 Pusat Komersial Pelita di sini telah dipecah masuk dan beberapa barang telah hilang.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 7 malam 26 April lalu, dia telah keluar rumah untuk pergi makan dan apabila pulang semula sekitar jam 8.30 malam, dia dapati rumah sewanya telah dipecah masuk orang tidak dikenali.

Pengadu yang kemudian membuat pemeriksaa­n lanjut di dalam rumah mendapati beberapa barang telah hilang termasuk seutas rantai emas berserta loket batu jed berharga RM8,000, seutas jam tangan jenama Luminor Panerai bernilai RM28,000 dan wang tunai RM300.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 6.10 petang 27 April lalu di sebuah bilik hotel bajet di kawasan pusat bandar Miri, polis berjaya menangkap tertuduh kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas seutas jam tangan Luminor Panerai yang dipakai tertuduh, beberapa keping wang mata wang asing serta tiga unit telefon bimbit daripada milik tertuduh untuk dijadikan barang kes.

Sementara dalam satu kes berasingan, tertuduh turut dikenakan denda RM2,500 atau enam bulan penjara kerana kesalahan terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaiman­a ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis amphetamin­e dan methamphet­amine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7 malam, 10 Januari 2020 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia