Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki miliki senapang tiruan didenda

-

MIRI: Seorang lelaki yang mengaku bersalah memiliki selaras senapang tiruan untuk kegunaan sendiri didenda RM600 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Md Syafique Md Hilmie setelah Mohammad Ikram Abdullah, 29, dari Kampung Pemukat, Kuala Lawas mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh telah ditahan sekitar jam 11.30 pagi, 5 Mei lalu oleh anggota polis bantuan di Lapangan Terbang Miri setelah mesin pengimbas bagasi mengesan sesuatu dipercayai komponen senjata api mainan.

Setelah diperiksa, anggota polis bantuan terbabit menemui selaras senjata api mainan jenis raifal yang dibungkus dan disimpan dalam beg tertuduh untuk dibawa ke Lawas dengan menaiki penerbanga­n Miri-Lawas.

Berikutan itu, sekitar jam 2 petang hari sama, polis telah menangkap semula tertuduh yang diserahkan oleh pihak polis bantuan untuk tindakan lanjut.

Dalam percakapan beramaran yang dirakamkan polis, tertuduh mengaku telah membeli senjata tiruan itu di sebuah pasar raya di Miri dan telah menyimpann­ya sejak dua tahun lalu.

Semasa ditangkap, tertuduh mengaku senjata itu hendak dibawa pulang ke Lawas untuk kegunaan sendiri di kebunnya.

Manakala hasil ujian yang dilakukan Cawangan Persenjata­an mengesahka­n senjata api tiruan itu boleh berfungsi untuk melepaskan bebola gel.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawat­i Abdul Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia