Utusan Borneo (Sarawak)

11 lokaliti di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan

-

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dikenakan ke atas 11 lokaliti di negeri ini dengan enam daripadany­a melibatkan rumah panjang.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata rumah panjang terlibat ialah Rumah Jangi Jambai di KM1, Jalan Ulu Sebauh di Bintulu mulai 10 hingga 23 Mei.

Turut dikenakan PKPD untuk tempoh yang sama Rumah Musa Asit dan Rumah Gerena Pi di Batu 17, Jalan Bintulu-Miri di Bintulu, Rumah Jeli Gaun di Sungai Muput, Tatau, Rumah Sulu Jambai, Sungai Senga, Pandan di Sebauh dan Rumah Richard Sungai Melaban di Sarikei dari 13 hingga 27 Mei.

“Arahan PKPD ini turut melibatkan kuarters pekerja Samling Reforestat­ion,

Sungai Mas, Samarakan dan Blok LL2, Local Lodge, Samalaju Industrial Park di Bintulu dari 10 hingga 23 Mei 2021.

“Manakala Blok Q, Flat Sungai Plan di Bintulu dikenakan PKPD mulai 10 hingga 23 Mei 2021, Blok K PPR Bandaria Park juga di Bintulu dari 11 hingga 24 Mei 2021 dan Kuarters Estet 1, Ladang Jendela Padu, Sebauh dari 11 hingga 24 Mei 2021,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n penamatan PKPD di enam rumah panjang iaitu

Rumah Nyuka, Lubok Lemba di Sarikei, Rumah Janting, Lemujan di Pakan, Rumah Sam Sumbang, Rumah Ajah Umkar, Sungai Serupai Baru di Tatau, Rumah Jawa Sungai Kerubong, Selalang dan Rumah Robert, Ulu Paoh di Sarikei.

Turut ditamatkan PKPD melibatkan SMK Melugu Sri Aman dan kuarters pekerja Foresom Plywood Sdn Bhd di Bintulu.

Sementara itu tempoh PKPD melibatkan tiga lagi rumah panjang iaitu Rumah Chan Minggat, Sungai Kesa dan Rumah Rampai Sungai Anyit Selangan di Sarikei dilanjutka­n mulai 14 hingga 20 Mei manakala tempoh PKPD melibatkan Rumah Ukan, Ng Engkamop di Julau dilanjutka­n mulai 15 hingga 28 Mei 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia