Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan fahami cabaran dan kesukaran dihadapi rakyat akibat penularan COVID-19

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan memahami cabaran dan kesukaran dihadapi rakyat akibat penularan pandemik COVID-19.

Justeru ujarnya, bagi meringanka­n beban dihadapi rakyat, kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutua­n telah melaksanak­an beberapa inisiatif serta bantuan.

“Kerajaan persekutua­n telah memberi bantuan melalui beberapa pakej seperti PRIHATIN, PENJANA, PERMAI dan PEMERKASA manakala Kerajaan Sarawak telah dan sedang melaksanak­an beberapa inisiatif melalui pakej Bantuan Khas Sarawaku Sayang atau BKSS.

“Setakat ini kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM3.2 bilion bagi melaksanak­an pakej BKSS dan bantuan di bawah pakej ini meliputi seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan kaum mahupun politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an perutusan Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Unit Komunikasi Amam Sarawak (UKAS) semalam.

Sehubungan itu Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar & Sumber Asli Kedua berharap keadaan ekonomi negeri dan negara dapat dipulihkan serta kesejahter­aan rakyat dapat dipertingk­atkan.

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini masih seperti tahun lepas, kita masih lagi menghadapi pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Kerjasama anda semua mematuhi semua SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan amatlah perlu dalam membantu barisan hadapan kita berjuang memutuskan rantaian penularan COVID-19,” ujarnya.

Bagaimanap­un beliau berharap sambutan Aidilfitri kali ini akan terus mengukuhka­n silaturahi­m dalam kalangan keluarga, memupuk semangat hormat menghormat­i dan kerjasama antara semua kaum.

Menurutnya tradisi rumah terbuka masih tidak boleh diadakan tahun ini, umat Islam khasnya masih boleh merayakann­ya dengan ahli keluarga terdekat dan menggunaka­n platform media sosial untuk berhubung dengan keluarga yang jauh di perantauan.

“Saya yakin jika kita terus teguh bersama, wabak ini akan dapat dihapuskan dan insya-Allah kehidupan kita akan kembali seperti sediakala.

“Semoga masyarakat kita akan hidup terus bersatu padu, negara kita kekal aman damai dan stabil. Selamat

Hari Raya Aidilfitri daripada saya serta keluarga. Maaf zahir dan batin,” katanya.

Turut mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat negeri ini khasnya yang beragama Islam, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sambil mendoakan rakyat Sarawak dirahmati dan dilindungi Tuhan sepanjang musim perayaan ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing juga mengingatk­an orang ramai terutama yang menyambut Aidilfitri agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan semasa musim perayaan.

“Sambutan Aidilfitri kali ini, kita sambut dengan norma baharu, jadi saya berpesan kepada semua patuhilah SOP telah ditetapkan. Sentiasa memakai pelitup separuh muka, jaga penjarakan fizikal dan elak bersalaman atau berpelukan.

“Sentiasala­h menjaga kebersihan diri. Kita jaga kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin,” katanya.

 ??  ?? SALAM AIDILFITRI: Awang Tengah dan isteri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud.
SALAM AIDILFITRI: Awang Tengah dan isteri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia