Utusan Borneo (Sarawak)

3,408 jalani ujian calitan di Pusat Sehenti COVID-19 di Dewan Masyarakat MBKS

-

KUCHING: Seramai 3,408 orang telah menjalani ujian calitan di Pusat Sehenti COVID-19 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sejak ia mula beroperasi 3 Mei lalu.

Kenyataan akhbar dikeluarka­n Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semalam berkata 2,407 lagi ujian calitan dilakukan oleh pasukan bergerak pusat berkenaan.

Pusat berkenaan juga katanya, telah menerima 84 orang yang hadir untuk menjalani penilaian tanda-tanda dan simptom COVID-19.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan ke pusat tersebut dan Pusat Penilaian COVID-19 yang juga di Dewan Masyarakat MBKS semalam bagi melihat operasi serta aktiviti hariannya berkaitan COVID-19.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) diberi taklimat oleh ketua komander pusat berkenaan, Dr Cheong Yaw Ling, Pegawai Perubatan Bahagian Kuching Dr Eunice Mellisa Joseph dan Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Chua Hock Hin.

Semasa sesi taklimat itu, objektif-objektif serta fungsifung­si Pusat Sehenti COVID19 disentuh iaitu menyediaka­n perkhidmat­an untuk ujian calitan, penilaian tandatanda dan simptom-simptom COVID-19, kompaun bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan pengeluara­n serta pelepasan arahan kuarantin.

Pusat itu mula beroperasi pada 3 Mei lalu yang juga berperanan menjawab segala pertanyaan berhubung isu berkaitan penyakit COVID-19.

Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hujung minggu serta cuti umum.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng dan Pengarah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri (UKPN) Datu Dr Chai Khin Chung.

Selepas itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion juga mengadakan lawatan ke pusat berkenaan, diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon Joyik.

Orang ramai boleh menghubung­i hotline Pusat Sehenti COVID-19 di talian 082-597539, 082-597790 untuk pertanyaan atau datang terus untuk melakukan penilaian kesihatan mereka.

 ?? — Gambar UKAS ?? PENERANGAN: Uggah (dua kanan) bersama Dr Sim (kanan) mendengar taklimat daripada Dr Cheong (kiri) semasa mengadakan lawatan ke Pusat Sehenti COVID-19 dan Pusat Penilaian COVID-19 di Dewan Masyarakat MBKS.
— Gambar UKAS PENERANGAN: Uggah (dua kanan) bersama Dr Sim (kanan) mendengar taklimat daripada Dr Cheong (kiri) semasa mengadakan lawatan ke Pusat Sehenti COVID-19 dan Pusat Penilaian COVID-19 di Dewan Masyarakat MBKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia