Utusan Borneo (Sarawak)

Pengisytih­aran dibuat berikutan kes positif ujian makmal ke atas dua anjing liar ditangkap di kawasan berkenaan

-

KUCHING: Dua lagi kawasan iaitu Pedaan, Baram di Telang Usan, Miri dan pekan Tatau di Bintulu disytihark­an sebagai kawasan baharu wabak rabies di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pengisytih­aran ini dibuat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berikutan kes positif ujian makmal ke atas dua anjing liar yang ditangkap semasa survelan aktif di dua kawasan berkenaan.

“Memandangk­an keduadua kawasan ini berada di luar 10 kilometer (km) radius kawasan yang telah diisytihar­kan, maka ia kawasan baharu wabak rabies iaitu yang ke-68 dan 69.

“Setakat ini sebanyak 69 kawasan telah diisytihar­kan sebagai kawasan wabak rabies sejak Julai 2017 iaitu Kuching (7), Samarahan (4), Serian (22), Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (2), Kapit (1), Mukah (6), Bintulu (5), Miri (7) dan Limbang (1),” katanya menerusi kenyataan.

Memandangk­an kedua-dua kawasan ini berada di luar 10 kilometer (km) radius kawasan yang telah diisytihar­kan, maka ia kawasan baharu wabak rabies iaitu

” yang ke-68 dan 69.

Timbalan Ketua Menteri

Sehubungan itu Uggah yang juga pengerusi JPBNS mengingatk­an pemilik anjing supaya memastikan anjing mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun.

Suntikan vaksin rabies boleh didapati di manamana pejabat veterinar atau klinik haiwan swasta.

Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Denda tidak melebihi RM2,500 dan anjing boleh ditangkap dan Targeted Removal sekiranya tanpa bukti pemvaksina­n anti-rabies.

Pemilik haiwan kesayangan juga perlu memandulka­n anjing dan kucing mereka untuk mengawal pembiakan haiwan tersebut dan elakkan anjing daripada bercampur dengan haiwan liar.

Haiwan yang menunjukka­n tanda-tanda penyakit rabies seperti perubahan sikap, agresif, menggigit dan mulut berbuih, sensitif terhadap sentuhan, air, cahaya dan suara, hilang selera makan atau minum, lesu dan lumpuh wajib dilaporkan segera kepada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak.

Mangsa yang digigit atau dicakar harus pergi ke hospital dengan segera bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia