Utusan Borneo (Sarawak)

NSJA agih kek sempena Aidilfitri dan Gawai

-

MIRI: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai, Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) telah mengagihka­n sumbangan kek perayaan kepada ahli-ahlinya kelmarin.

Presiden NSJA Andy Jong berkata, sumbangan kek kepada ahli-ahli NSJA adalah sebagai inisiatif mengeratka­n silaturahi­m walaupun persatuan tidak dibenar mengadakan majlis jamuan perayaan untuk ahlinya demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sambutanmu­simperayaa­n Hari Raya Aidilfitri dan Gawai tahun ini ternyata berbeza ekoran negara masih dilanda pandemik COVID-19.

“Biarpun tidak dapat mengadakan rumah terbuka dan saling menziarahi, diharapkan dengan sumbangan kek berkenaan ia sebagai ingatan kita kepada ahli-ahli NSJA, di samping mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi keselamata­n kita bersama,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Menurut Jong, kek diagihkan kepada 90 ahli NSJA juga sebagai tanda penghargaa­n kepada ahli NSJA yang bertugas pada musim perayaan dengan norma baharu, selain mengamalka­n kesederhan­aan dalam menyambut perayaan.

Pada masa sama, Jong turut mengingatk­an masyarakat setempat agar terus bersamasam­a membudayak­an norma baharu dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Dengan kes positif yang semakin meningkat setiap hari di negeri ini, amatlah penting untuk kita semua memainkan peranan masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak berkenaan,” ujarnya.

Selain itu, demi menjaga kebajikan dan kesihatan para pengamal media khususnya ahli-ahli NSJA katanya, persatuan itu turut akan mengagihka­n bekalan pelitup separuh muka.

“Kita akan agihkan dalam masa terdekat ini setelah bekalan terbabit sampai,” tambahnya.

 ??  ?? UNTUK AHLI: Jong dan Naib Presiden NSJA Rosemaria Buma bergambar bersama kek yang diagihkan kepada ahli NSJA.
UNTUK AHLI: Jong dan Naib Presiden NSJA Rosemaria Buma bergambar bersama kek yang diagihkan kepada ahli NSJA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia