Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an penyelengg­araan pesawat tercanggih kini di Malaysia

ADE bakal penyedia perkhidmat­an kejurutera­an penerbanga­n terkemuka Asia dengan kelulusan penyelengg­araan berat oleh CAAM

-

KUCHING: Asia Digital Engineerin­g Sdn Bhd (ADE), anak syarikat milik penuh AirAsia Group Berhad, bakal menjadi penyedia perkhidmat­an kejurutera­an penerbanga­n terkemuka di Asia dengan kelulusan penyelengg­araan berat oleh Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM).

Dengan kelulusan tersebut ADE bukan sahaja akan melakukan penyelengg­araan talian tetap, malah penyelengg­araan berat (hangar atau C-check) untuk penerbanga­n di bawah AirAsia Group dan sedia untuk menyokong syarikat penerbanga­n pihak ketiga untuk penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO).

Ketua Pegawai Eksekutif ADE Mahesh Kumar berkata: “ADE terus mencatatka­n kemajuan walaupun ia dilancarka­n semasa pandemik pada bulan September tahun lalu.

“Kini kami berbesar hati untuk mengembang­kan perkhidmat­an kami untuk menyokong penyelengg­araan pesawat bagi AirAsia Group dan syarikat penerbanga­n lain di rantau ini,” katanya.

Sebelum ini AirAsia Group katanya, telah menghantar pesawatnya kepada pengendali MRO yang lain untuk penyelengg­araan berat berjadual.

Kini katanya, ia boleh diselengga­ra secara tempatan di Malaysia seterusnya memberikan lebih kecekapan dan mengurangk­an kos penyelengg­araan.

Selain itu, ADE telah mendapat kelulusan oleh Direktorat Jeneral Penerbanga­n Awam (DGCA) India dan Indonesia.

ADE juga akan terus bekerjasam­a dengan pihak berkuasa penerbanga­n lain di ASEAN serta Agensi Keselamata­n Penerbanga­n Kesatuan Eropah (EASA) untuk kelulusan bagi menyokong lebih banyak pengendali tempatan, serantau dan antarabang­sa dengan teknologi, inovasi dan perkhidmat­an bernilai terbaik dengan kualiti tertinggi.

“Kami sentiasa percaya bahawa Malaysia harus menjadi

Kini kami berbesar hati untuk mengembang­kan perkhidmat­an kami untuk menyokong penyelengg­araan pesawat bagi AirAsia Group dan syarikat

” penerbanga­n lain di rantau ini.

Mahesh Kumar

Ketua Pegawai Eksekutif ADE hab strategik untuk penyelengg­araan pesawat di rantau ini dan di peringkat global, supaya kita dapat terus mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu ekonomi pada masa depan.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada CAAM kerana menyokong visi kami.

“Berdasarka­n permintaan, kami berharap untuk mengembang­kan kemudahan dan perkhidmat­an penyelengg­araan pesawat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Johor dan lapangan terbang lain di Malaysia melalui hangar sedia ada atau membina hangar baharu,” kata Mahesh.

Tambah Mahesh, kelulusan penyelengg­araan berat oleh CAAM bakal menjadikan ADE bukan hanya pengendali MRO terbesar di Malaysia, malah salah satu pengendali terbesar di ASEAN dan di peringkat global.

Apa yang paling penting, ADE akan terus mendorong inovasi digital di bahagian penyelengg­araan berat untuk membolehka­n ADE menawarkan penyelesai­an terkemuka, keberkesan­an kos dan kualiti tertinggi dalam industri melalui teknologi tercanggih yang mungkin tidak didapati sebelum ini.

 ??  ?? BERKEMAHIR­AN TINGGI: Pasukan ADE melakukan penyelengg­araan pada pesawat Myanmar Airways di hangar KLIA.
BERKEMAHIR­AN TINGGI: Pasukan ADE melakukan penyelengg­araan pada pesawat Myanmar Airways di hangar KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia