Utusan Borneo (Sarawak)

Arahan tidak benarkan premis makanan beroperasi secara ‘dine-in’ disambut baik

-

KUCHING: Arahan untuk memperketa­tkan syarat garis panduan (SOP) dengan tidak membenarka­n premis makanan beroperasi secara ‘dine-in’ atau makan di kedai disambut baik pemilik premis.

Tinjauan pada hari pertama pelaksanaa­n SOP berkenaan yang bermula semalam mendapati rata-rata dipatuhi pemilik premis khasnya di bandar raya Kuching dengan hanya menyediaka­n makanan bawa pulang.

Namun mereka tidak menafikan dengan tidak membenarka­n ‘dine-in’ turut memberi kesan kepada perniagaan tetapi apa yang penting mereka masih dibenarkan beroperasi dengan hanya penghantar­an atau membawa pulang makanan.

Bagi pemilik Restoran Mom’s Laksa, Mastika Jamali beliau bersetuju dengan langkah diambil kerajaan untuk melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi menangani COVID-19.

“Meskipun restoran tidak dibenarkan ‘dine-in’ sepanjang tempoh PKPB ini, kami besyukur dan menarik nafas lega kerana masih dibenarkan untuk penghantar­an makanan dan bawa pulang.

“Buat masa ini, kami masih mengatur strategi untuk pemasaran di media sosial mengenai penghantar­an dan bawa pulang makanan premis kami,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mastika berkata, sebagai seorang usahawan apa yang penting adalah tidak menyerah kalah dan merungut, malah seharusnya perlu berfikir lebih kreatif bagaimana untuk melonjakka­n ekonomi negara dalam keadaan norma baharu.

Sementara itu pemilik Restoran Izakaya Melvin Liew berkata, disebabkan lonjakan kes COVID-19 yang berlaku kini, pemilik premis makanan memahami ia adalah satu keputusan yang sangat diperlukan dan sukar dibuat demi keselamata­n orang ramai.

Namun katanya, apa yang paling baik adalah pengumuman untuk tidak membenarka­n ‘dine-in’ itu harus diberi notis satu hari sebagai persiapan perancanga­n lebih baik kepada mereka.

“Kami amat berharap kami mendapat masa yang mencukupi untuk menguruska­n inventori dengan lebik baik, membuat perancanga­n selain mengelakka­n pembaziran terutama pada waktu sukar ini.

“Apa yang penting orang ramai akan terus menyokong vendor tempatan seperti kami,” katanya.

Melvin berkata, dengan tidak membenarka­n makan di premis tidak dinafikan akan memberi kesan besar kepada industri makanan dan minuman.

Katanya mereka perlu mempunyai dan mempelbaga­ikan strategi dalam perniagaan termasuk perniagaan dalam talian selain meningkatk­an pengurusan perhubunga­n pelanggan (CRM) dan banyak lagi.

“Dasar tidak membenarka­n makan di premis memberi peluang kepada kami menilai semula, melatih semula dan meningkatk­an perkhidmat­an kami,” katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Sarawak (PPPS) Mohd Ariffin Abdullah berpendapa­t dari segi keberkesan­an membendung penularan pandemik mungkin PKP adalah lebih baik, namun percaya dengan perkara tertentu yang menyebabka­n JPBNS menjurus kepada PKPB.

“Daripada perspektif persatuan, pendekatan PKPB lebih rasional kerana ia masih memberi ruang dan peluang untuk para penjaja mencari sumber pendapatan sepanjang PKPB dikuatkuas­akan.

“Kita sedia maklum bahawa bukan senang untuk JPBNS membuat keputusan yang memihak kepada semua kerana mereka pasti mengambil kira daripada pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial dan penularan wabak ini,” katanya.

Kelmarin, Sarawak mengumumka­n tidak melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya mengekalka­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedia ada dari 7 Mei hingga 17 Mei.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumka­n, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankua­sa dan setuju untuk terus melaksanak­an PKPB ‘circuit breaker’ yang sedia ada.

Sehubungan itu JPBNS telah memutuskan untuk memperketa­tkan syaratsyar­at SOP.

“Antaranya restoran, kedai makan, bistro, kafe, gerai makanan dan minuman tidak dibenarkan beroperasi secara ‘dine-in’ (makan di kedai). Selain itu aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantar­an sahaja,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PATUH: Suasana di premis makanan yang hanya menawarkan penghantar­an dan bawa pulang makanan selepas Sarawak menerusi JPBNS memperketa­tkan SOP dengan tidak membenarka­n ‘dine-in’ di premis makanan.
— Gambar Chimon Upon PATUH: Suasana di premis makanan yang hanya menawarkan penghantar­an dan bawa pulang makanan selepas Sarawak menerusi JPBNS memperketa­tkan SOP dengan tidak membenarka­n ‘dine-in’ di premis makanan.
 ??  ?? SIM
SIM
 ??  ?? MASTIKA
MASTIKA
 ??  ?? MELVIN
MELVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia