Utusan Borneo (Sarawak)

SHEDA Cawangan Kuching sambut baik pengumuman kekal PKPB

-

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching menyambut baik pengumuman kerajaan negeri mengekalka­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengerusin­ya Datuk Sim Kiang Chiok berkata, kerana prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Sarawak telah diperketat­kan termasuk semasa perayaan di mana hanya satu hari ziarah Hari Raya Aidilfitri.

Berbanding di Semenanjun­g ujarnya, yang melaksanak­an PKP 3.0 tidak membenarka­n sama sekali ziarah.

“Namun apabila kita membanding­kan PKPB dan PKP 3.0, kita berada di SOP yang sama di mana aktiviti ekonomi dan produktivi­ti kita berkurang.

“Ini akan memberi kesan negatif kepada kehidupan kita.

“Terdapat gesaan daripada pelbagai sektor ekonomi agar kerajaan persekutua­n kembali membantu rakyat dan perniagaan dalam moratorium pembayaran pinjaman bank automatik, subsidi gaji, pembayaran tunai dalam tempoh PKP 3.0 ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sim berkata beliau berharap apabila kerajaan persekutua­n menghulurk­an bantuan, mereka juga akan menghulurk­an bantuan yang sama kepada Sarawak.

“Kami di Sarawak kehilangan subsidi upah sebulan dan tiga bulan di bawah program PERMAI dan

PEMERKASA,” tegasnya.

Beliau berkata, sehingga Sarawak dapat melaksanak­an vaksinasi 70 peratus masyarakat­nya, barulah dapat mencapai imuniti berkelompo­k untuk melindungi diri daripada virus COVID-19.

Kelmarin, Sarawak mengumumka­n tidak melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya mengekalka­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedia ada dari 7 Mei hingga 17 Mei 2021.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumka­n, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankua­sa dan setuju untuk terus melaksanak­an PKPB ‘circuit breaker’ sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia