Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita PKR Sarawak gesa bantuan kewangan khas untuk warga emas

-

MIRI: Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menggesa kerajaan negeri memberikan bantuan kewangan khas kepada golongan warga emas berusia 65 tahun dan ke atas yang menjalani tempoh kuarantin 14 hari atas arahan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Ahli Exco Timbalan Ketuanya Zulhaidah Suboh memberitah­u, bantuan itu perlu bagi meringanka­n bebanan mereka, di samping golongan ini juga tidak layak untuk memohon tuntutan skim perlindung­an mySalam.

“Bagi pihak Wanita PKR Negeri, saya menggesa supaya kerajaan negeri memberikan bantuan kewangan khas kepadawarg­a emas berumur 65 tahun ke atas yang menjalani tempoh kuarantin KKM (14 hari) memandangk­an mereka tidak layak k memohon tuntutan skim perlindung­an mySalam. “Jika kerajaan negeri mampu membiayai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh mahasiswa atau mahasiswi Sarawak, maka golongan veteran ini juga perlu diambil perhatian dan memerlukan bantuan kewangan,” ujarnya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, Zulhaidah yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Sibuti meminta masyarakat khususnya di kawasan Sibuti terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sama ada di peringkat negeri mahupun bahagian.

“Sentiasa peka dengan pematuhan SOP dari semasa ke semasa dan paling penting adalah menjaga kesihatan diri, keluarga dan orang yang tersayang agar kita tidak dijangkiti wabak ini, meskipun pelbagai rentetan di peringkat akar umbi disuarakan bahawa mereka amat terkesan dengan arahan yang mengeliruk­an.

“Kita sedar ada kalanya pengumuman di kaca TV dan arahan daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan Pusat tidak selari, namun yang penting, amalkan dan utama kebersihan diri.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Diperketat­kan (PKPD) yang dilaksanak­an di negeri ini, marilah kita bersama mengawal pergerakan kita dan jika tiada urusan penting, manfaatkan masa kita untuk sentiasa berada di rumah demi menjaga diri, keluarga dan masyarakat,” tambahnya.

Katanya, kerajaan negeri pada masa yang sama wajar merencanak­an kerangka lebih teliti untuk jangka masa lebih panjang dalam menangani krisis kesihatan dan pandemik COVID-19.

 ??  ?? ZULHAIDAH
ZULHAIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia