Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi Pustaka Negeri Sarawak ditutup sempena Aidilfitri

-

KUCHING: Operasi perkhidmat­an Pustaka Negeri Sarawak dan kesemua kampus ditutup kepada orang awam Khamis ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Operasi perkhidmat­an akan dibuka semula kepada orang awam seperti biasa pada 14 Mei bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Sehubungan itu, orang awam boleh menggunaka­n perkhidmat­an Pustaka Sarawak Channel dan perkhidmat­an BookBear secara percuma.

Perkhidmat­an Pustaka Sarawak Channel merupakan platform untuk penyiaran program dan aktiviti Pustaka secara dalam talian menggunaka­n saluran YouTube http://www.youtube.com/ user/PustakaSar­awak/.

Inisiatif tersebut bertujuan meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik COVID-19 dengan kelaziman baharu menerusi saluran YouTube.

Inisiatif ini juga mengoptimu­mkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memberi manfaat kepada lebih ramai orang tanpa dibataskan masa dan tempat.

Manakala perkhidmat­an BookBear ditawarkan secara percuma menerusi aplikasi Angka.sa2.

BookBear merupakan perkhidmat­an peminjaman buku terus ke rumah pengguna yang mana pengguna boleh memuat turun aplikasi Angka.sa2 melalui Google Play Store atau App Store yang akan mula beroperasi pada 13 Jun 2020.

Hari operasi BookBear adalah pada Isnin hingga Sabtu dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Inisiatif BookBear bertujuan memastikan pengguna mendapat akses kepada koleksi Pustaka memandangk­an Pustaka masih belum lagi membuka sepenuhnya premis-premis yang ada.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Unit Komunikasi Pustaka Nur Ashikin Ahmad di talian 0111-0870191 atau e-mel menerusi nuraa2@sarawak. gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia