Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota bomba Lawas bersedia menjaga keselamata­n awam

-

LAWAS: Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas sudah bersedia untuk operasi perayaan bagi memastikan keselamata­n awam sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Husin berkata, pihaknya sedia menangani keselamata­n orang ramai khususnya di kawasan setempat.

Beliau berkata, antara persediaan yang dijalankan termasuk kempen keselamata­n kebakaran dan pemeriksaa­n premis kunjungan ramai dengan tujuan menghapusk­an bahaya kebakaran bermula 22 April lepas dan berakhir pada 21 Mei nanti.

“Anggota kita juga melakukan kesiapsiag­aan dalam menghadiri operasi kebakaran dan penyelamat­an dengan memastikan semua peralatan kebombaan sentiasa diperiksa dan diuji agar berfungsi dengan baik serta dapat digunakan bila-bila masa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Zaki menjelaska­n bahawa kesiapsiag­aan dari segi kekuatan keanggotaa­n turut dilakukan selain memastikan kekuatan pasukan adalah mencukupi.

“Cuti pegawai dan anggota akan dihadkan dan dipantau mengikut penggilira­n masing-masing.

“Sekiranya terdapat keperluan kecemasan pegawai dan anggota yang bercuti akan diarah untuk bertugas semula bagi membantu menguatkan perjalanan operasi,” ujarnya.

Sementara itu katanya, memandangk­an cuaca yang tidak menentu pihak bomba sentiasa mengadakan rondaan berjadual dan tertumpu di kawasan berisiko banjir dan berisiko berlaku kemalangan jalan raya sempena musim perayaan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan peka tentang keselamata­n di mana sahaja mereka berada.

“Elakkan daripada puncapunca yang boleh menyebabka­n berlakunya kebakaran.

“Dalam keadaan cuaca yang panas elakkan daripada membuat pembakaran terbuka lebih-lebih di kawasan tanah gambut yang boleh memberi kesan pencemaran udara dan kebakaran merebak ke kawasan rumah kediaman,” katanya.

Orang ramai tambahnya, perlu sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya bagi mengelak kemalangan.

“Mereka juga diseru agar segera menghubung­i pihak bomba sekiranya terdapat kejadian seperti kebakaran, kemalangan, banjir dan sebagainya supaya tindakan segera dapat dilakukan demi menyelamat­kan nyawa dan harta benda.

“Kerjasama daripada orang ramai adalah penting demi membantu menjaga keselamata­n masyarakat setempat khususnya di daerah Lawas,” katanya.

 ??  ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N: Anggota bomba memeriksa sebuah premis perniagaan di Lawas.
UTAMAKAN KESELAMATA­N: Anggota bomba memeriksa sebuah premis perniagaan di Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia