Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya dengan patuhi SOP penduduk mampu sekat penularan COVID-19

-

SIBU: Hanya penduduk rumah panjang di bawah sekatan pergerakan dapat membantu menghentik­an penularan COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata demikian kerana pihak berkuasa menghadapi cabaran besar untuk menghentik­an virus itu daripada menular di rumah panjang.

“Bukan mudah untuk mengawal virus daripada menular di rumah panjang kerana struktur rumah panjang dan gaya hidup penghuniny­a,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Sentral di sini kelmarin.

Jelasnya, adalah sukar bagi pihak berkuasa untuk sentiasa mengawal pergerakan orang dari hujung ke hujung rumah panjang yang lain.

“Bukannya mudah untuk memeriksa pergerakan penghuni rumah panjang dari satu hujung ke hujung yang lain itulah sebabnya jangkitan di rumah panjang merebak sangat cepat,” katanya.

Selain itu, kakitangan yang ditempatka­n di rumah panjang di bawah sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ tambahnya, hanya memantau dari luar rumah panjang kerana tidak memasukiny­a untuk memeriksa pergerakan penduduk.

“Ia lebih mudah memantau penduduk yang berada di luar rumah panjang tetapi adalah sebaliknya apabila mereka berada di dalam,” katanya.

Stanley menyamakan pematuhan kepada SOP seperti pengancing tali pinggang tempat duduk kereta.

“Di sekatan jalan polis, orang hanya akan memakai tali pinggang keledar apabila mereka melihat polis,” katanya.

Beliau merayu kepada penduduk rumah panjang agar sentiasa mematuhi SOP dan tidak menunggu sehingga penguatkua­saan diperketat­kan.

Stanley berkata, masih terdapat beberapa rumah panjang di Sibu, Kanowit dan Selangau yang diletakkan di bawah sekatan pergerakan yang dipertingk­atkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia