Utusan Borneo (Sarawak)

Mcdonald’s Malaysia ketengah kisah ‘cikgu luar biasa’ buat inspirasi semua

-

KERJAYA guru atau pendidik merupakan satu profesion mulia kerana insaninsan istimewa ini memikul amanah mencorakka­n anak bangsa bermula di bangku sekolah demi membentuk masa depan mereka.

Meluangkan masa bersama anak-anak murid bagi sesi pembelajar­an dan pengajaran, sama ada di sekolah atau menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR), semangat warga pendidik ini berupaya memberi inspirasi kepada anak-anak yang sedang meniti alam persekolah­an.

Menghargai bakti insan istimewa ini, McDonald’s Malaysia menganjurk­an Anugerah Guru Inspirasi buat kali kelima untuk ‘Cikgu Luar Biasa’ yang menjalanka­n tanggungja­wab mereka melebihi tugastugas hakiki.

Anugerah ini menilai kebolehan guru mendidik dan menginspir­asi murid melangkaui keterbatas­an guru atau murid itu sendiri, oleh itu pencalonan ‘Cikgu Luar Biasa’ yang diterima dari seluruh negara bagi anugerah ini turut melibatkan guru daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau pendidik bagi CABARAN LUAR BIASA

Seorang guru istimewa yang menerima pencalonan Anugerah Guru Inspirasi 2021 ini, Maisura Abd Jalil merupakan pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru yang juga sekolah bagi kanakkanak cacat penglihata­n.

Menggunaka­n kerusi roda selepas menghidap penyakit buah pinggang, Maisura sentiasa optimis dan tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai batu penghalang untuk terus membantu anak murid istimewa beliau.

Adik kepada Maisura, Mardhiah Abd Jalil yang mencalonka­n kakaknya bagi anugerah itu, berkata Maisura juga pernah ditugaskan sebagai guru kelas bagi kanak-kanak buta yang mempunyai kecacatan lain seperti buta dan pekak atau buta dan hiperaktif.

“Dalam keadaan beliau berkerusi roda, Cikgu Mai sangat positif sewaktu diberi tugasan ini sebab bagi beliau semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan dan boleh dididik.

“Mahir berbahasa isyarat,

Maisura tidak pernah kering dengan idea-idea untuk mendidik murid-muridnya dengan menggunaka­n pelbagai kaedah dan pengalaman serta melatih murid sehingga mampu berkomunik­asi dengan orang lain,” katanya.

PUPUK MINAT MURID TERHADAP

ILMU

Sementara itu, guru SK Felda Mempaga 2, Karak, Pahang, Mohd Huzaire Ahmad yang juga pengguna kerusi roda, membuktika­n guru perlu sentiasa proaktif dalam kaedah pengajaran dan pembelajar­an seiring perubahan zaman bagi memupuk minat anak murid kepada ilmu.

Anak muridnya, Putri Rania Assyifa Noor Mohd Irman, 11, mencalonka­n Mohd Huzaire atas kreativiti beliau mendidik anak murid secara tidak bersemuka semasa sekolah ditutup ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Putri Rania Assyifa berkata penganjura­n pertanding­an secara dalam talian termasuk Pertanding­an Nyanyian Solo bersempena Hari Guru dan Pertanding­an Melukis Poster Ancaman COVID-19 oleh guru Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni itu berhasil menaikkan semangat muridnya untuk belajar meskipun terpaksa ‘berkurung’ di rumah.

“Sekurang-kurangnya kami terlupa dengan kebosanan duduk sahaja di rumah. Aktiviti ini sekurangku­rangnya mengubat hati kami yang rindu pada sekolah, guru-guru dan kawan-kawan,” katanya yang juga bercita-cita menjadi pendidik seperti Mohd Huzaire.

Kisah guru istimewa ini turut mendapat liputan stesen televisyen swasta bagi menginspir­asi murid dan guru di seluruh negara agar terus bersemanga­t untuk belajar dan mengajar meskipun tidak dapat bersemuka di sekolah.

INSPIRASI, MOTIVASI BUAT

MURID

Guru di SMK Tanjung Bunga, Pulau Pinang Mohamad Huszaimi Husin pula dicalonkan pelajar beliau Jeffrey Soon Yew Zhi, seorang pelajar OKU dengan masalah pembelajar­an yang mendapat inspirasi daripada kecekalan guru itu yang lebih mesra dipanggil Cikgu Mie.

Sifat empati guru subjek Teknologi Maklumat itu telah memotivasi Jeffrey memajukan diri dalam pelajaran walaupun beliau menghadapi kesukaran serta mengambil masa yang panjang untuk mempelajar­i sesuatu.

“Walaupun saya merupakan seseorang yang memerlukan masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, Cikgu Mie tidak pernah menggesa saya atau pelajar yang mempunyai kondisi yang bersamaan dengan saya untuk mempercepa­tkan proses penyiapan dalam tugasan yang diberi.

“Malah, cikgu menggalakk­an saya untuk melengkapk­an tugasan tersebut. Beliau sering mengorbank­an masanya untuk mengajar subjek yang diajarnya secara peribadi selangkah demi selangkah,” katanya.

Selain itu, Jeffrey memaklumka­n gurunya sering menggalakk­an dan membimbing pelajarnya menyertai pertanding­an dalam pelbagai peringkat serta memberi cadangan atau petunjuk agar pelajarnya menonjol dalam pertanding­an itu.

Katanya beliau berjaya memenangi Pertanding­an Video Kreatif 2020 peringkat negeri yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang hasil bimbingan gurunya itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia