Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar UiTM tak mahu pulang beraya, elak jangkitan kepada ahli keluarga

-

SHAH ALAM: Pengorbana­n para pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam di sini yang memutuskan untuk tidak pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman diharap mampu melindungi keluarga masing-masing daripada jangkitan wabak COVID-19.

Seorang daripada pelajar yang mengambil keputusan untuk beraya di Kolej Kediaman Perindu, UiTM Hanafi Hanizan, 21, berkata, antara sebab utama beliau tidak balik beraya ke Kota Tinggi, Johor pada tahun ini adalah demi kesejahter­aan bersama.

“Kita dapat tahu bahawa sekarang kes semakin naik, jadi kita tidak mahu menjadi penyumbang kepada peningkata­n kes bagi negeri Johor pula.

“Kita dari Selangor ke Johor takut kita nanti bawa kes pulak, jadi itu yang dikatakan kesejahter­aan bersama untuk kita memerangi COVID-19,” ujar pelajar semester pertama jurusan Juruukur Bangunan itu kepada Bernama.

Tinjauan Bernama di UiTM mendapati pelajar yang mengambil keputusan untuk tidak pulang beraya di kampung masing-masing membuat persiapan menyambut Aidilfitri di kolej kediaman mereka termasuk memasang pelita.

Bagi Faizal Happipi Japar, 23, pelajar semester ketiga jurusan Sains Sukan dari Nabawan, Sabah berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negara akan menjadi pengalaman yang berguna satu hari nanti.

“Beraya tanpa keluarga tidak mengapa sebenarnya, kerana suatu hari nanti kita juga akan mengalami pengalaman ini. Jadi nasihat saya agar mereka kekal tenang sebab semua ini tidak dapat dielak,” katanya yang sudah tiga tahun tidak balik beraya di kampung halaman.

Bagi Pengetua Kolej Kediaman Perindu UiTM Shah Alam, Sumardians­hah Silah, 36, berkata pelajar dari Sabah dan Sarawak merupakan pelajar yang paling ramai tidak pulang berhari raya pada tahun ini.

Beliau berkata, untuk sambutan Hari Raya esok (hari ini), pihak UiTM telah menempah juadah Aidilfitri untuk membolehka­n para pelajar turut merasai suasana sambutan perayaan itu bersama rakan-rakan sekolej. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TETAP MERIAH: Pelajar UiTM Mohammad Aiman Othman, 20, (kanan) bersama rakan Faizal Hapipi menyalakan lampu pelita bagi memeriahka­n suasana menjelang Aidilfitri di Kolej Kediaman Perindu UiTM Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama TETAP MERIAH: Pelajar UiTM Mohammad Aiman Othman, 20, (kanan) bersama rakan Faizal Hapipi menyalakan lampu pelita bagi memeriahka­n suasana menjelang Aidilfitri di Kolej Kediaman Perindu UiTM Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia