Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic harungi perlawanan ‘pelik’ untuk menewaskan Fritz

-

ROM: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, terpaksa mengharung­i perlawanan “pelik” dengan penangguha­n akibat hujan yang lama sebelum menewaskan pemain dari Amerika Syarikat (AS) Taylor Fritz 6-3 dan 7-6(7/5) untuk melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Itali.

Djokovic, yang juga juara bertahan kejohanan, terpaksa menunggu tiga jam untuk menamatkan permainan walaupun kebangkita­n Fritz pada set kedua.

“Ia perlawanan yang pelik, untuk bermain dalam hujan adalah sukar,” katanya.

Djokovic, 33, bermain kejohanan kedua beliau sejak memenangi kejuaraan Terbuka Australia buat kali kesembilan pada bulan Februari lalu dan akan menentang sama ada Cameron Norrie atau Alejandro Davidovich untuk satu tempat ke suku akhir.

Pada perlawanan lain, jaguh dari Kanada, Felix AugerAlias­sime, menewaskan naib juara tahun lepas, Diego Schwartzma­n 6-1 dan 6-3 untuk menempah pertemuan sama ada menentang Federico Delbonis atau David Goffin.

Pilihan keenam, Grigor Dimitrov, gagal melepasi pusingan pertama kejohanan apabila tewas dua set kepada pemain kelayakan dari Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina 6-4, 7-6(7/2) dalam masa satu jam dan 43 minit.

Pilihan ke-10, Roberto Bautista Agut, juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Tommy Paul dari AS 6-4 dan 76(7/2).

Dalam bahagian wanita, Nadia Podoroska dari Argentina, menempah pertemuan menentang Serena Williams apabila bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Laura Siegemund 2-6, 76(7/3) dan 6-1.

Madison Keys menewaskan rakan senegarany­a, Sloane Stephens 4-6, 6-2 dan 7-5.

 ?? — Gambar AFP ?? TETAP TANGKAS: Aksi Djokovic pada perlawanan Terbuka Itali menentang Fritz di Rome, Itali.
— Gambar AFP TETAP TANGKAS: Aksi Djokovic pada perlawanan Terbuka Itali menentang Fritz di Rome, Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia