Utusan Borneo (Sarawak)

TRADISI PASANG PELITA MINYAK TANAH TETAP DITERUSKAN

Namun suasananya tidak sehebat, semeriah dahulu apabila pelita dipasang di seluruh kampung

- Oleh Reno Benjamin

“Jika dahulu, pelita ini dipasang di seluruh kampung dan ini memeriahka­n lagi suasana terutama menjelang malam Hari Raya. ” Abang Ahmad Zaini Abang Fauzan Penduduk

SIBU: Tradisi menyalakan pelita minyak tanah bagi memeriahka­n sambutan Hari Raya Aidilfitri terus dikekalkan meskipun tidak sehebat atau semeriah dahulu.

Tinjauan di sekitar Kampung Hilir, Kampung Nangka, Kampung Datuk Baru, Jalan Masjid dan Jalan Bandong mendapati sesetengah rumah sahaja yang memasang lampu atau pelita minyak tanah.

Meskipun amalan ini seolah-olah kurang mendapat sambutan pada masa kini, namun ini bukanlah mencermink­an suasana sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut dengan penuh meriah dan gembira.

Menurutseo­rangpendud­uk kampung yang ditemui, Abang Ahmad Zaini Abang Fauzan, pada masa dahulu pelita minyak tanah dipasang di seluruh kampung.

Namun kini katanya, ia hanya dilakukan secara individu di kediaman masingmasi­ng.

“Jika dahulu, pelita ini dipasang di seluruh kampung dan ini memeriahka­n lagi suasana terutama menjelang malam Hari Raya.

“Namun kini ia dilakukan secara individu yang memasangny­a di hadapan rumah, tepi jalan atau jambatan menuju ke rumah,” ujarnya.

Pelita minyak tanah kebanyakan­nya diperbuat daripada bekas tin aluminium minuman, meskipun ada pelita yang boleh dibeli di kedai peralatan.

Zaini yang menyambut Aidilfitri tahun ini di kediamanny­a di Jalan Lang, Kampung Baharu turut tidak ketinggala­n meneruskan tradisi turun temurun itu.

Sambutan tahun ini katanya, agak menyedihka­n apabila dua anaknya tidak dapat pulang kerana pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang bermula semalam.

“Anak yang sulung dan nombor dua tidak dapat balik untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama tahun ini.

“Anak sulung bersama menantu kini berada di Kelantan sementara yang kedua masih belajar di UNIMAS.

“Kami hanya mampu membuat panggilan video bagi mengubat rindu dengan anak-anak,” ujarnya yang juga presiden Persatuan Taekwondo Global Sarawak (SGTA).

Zaini turut berharap agar pandemik COVID-19 dapat reda pada tahun ini agar sambutan Aidilfitri tahun depan lebih meriah dan amalan kunjung mengunjung dapat diteruskan.

 ??  ??
 ??  ?? CERIA: Pelita minyak tanah yang dinyalakan oleh penduduk di sekitar kawasan kampung.
CERIA: Pelita minyak tanah yang dinyalakan oleh penduduk di sekitar kawasan kampung.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia