Utusan Borneo (Sarawak)

Brazil mula beri vaksin COVID-19 kepada atlet Olimpik

-

SAO PAULO: Brazil mula memberi vaksin COVID19 kepada atlet Olimpik dan anggota lain delegasi ke Sukan Olimpik Tokyo minggu ini, menurut pegawai pada Selasa.

Negara yang terjejas teruk di Amerika Selatan itu bergelut untuk mendapatka­n cukup vaksin bagi 212 juta pendudukny­a tetapi akan dapat memberi vaksin kepada mereka yang terlibat dengan Sukan Olimpik kerana dos sumbangan dari syarikat farmaseuti­kal, menurut pegawai kesihatan.

Menteri Kesihatan, Marcelo Queiroga, memberitah­u satu sidang media bahawa 1,814 anggota delegasi akan menerima suntikan vaksin bermula pada Rabu, termasuk atlet Olimpik dan Paralimpik, jurulatih, kakitangan pasukan dan wartawan yang akan ke Tokyo.

“Dos ini disumbangk­an oleh syarikat farmaseuti­kal supaya program vaksinasi kebangsaan tidak terkesan,” kata beliau.

Pfizer dijangka menyumbang 4,050 dos vaksinnya dan syarikat dari China, menyumbang 8,000 vaksin Sinovac.

Dos tambahan – lebih dari 8,000 – akan disumbangk­an kepada kempen kebangsaan, kata mereka.

COVID-19 meragut lebih dari 425,000 nyawa di Brazil, yang kedua di belakang Amerika Syarikat (AS).

Negara itu bergelut untuk mendapatka­n cukup vaksin dan terpaksa menggantun­g program imunisasi di beberapa bandar raya sebanyak beberapa kali.

Anggota delegasi Olimpik akan mempunyai tempoh sehingga 21 Jun untuk mendapatka­n kedua-dua dos vaksin, kata pegawai – dua minggu sebelum berlepas ke Jepun.

Sukan Olimpik Tokyo ditangguh ke 2021 kerana pandemik COVID-19 dan dijadualka­n berlangsun­g dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Negara lain yang mengumumka­n atlet Olimpik diberi keutamaan suntikan vaksin adalah Australia, yang memulakan program vaksinasi mereka pada Isnin lepas. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia