Utusan Borneo (Sarawak)

151 DIARAH BERPATAH BALIK

• Tiada kebenaran merentas daerah atau zon pada hari pertama Hari Raya: Aidi

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Polis Sarawak merekodkan 151 kenderaan diarahkan berpatah balik dalam cubaan merentas zon atau daerah tanpa permit di seluruh negeri pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, 89 daripadany­a merupakan di sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan 62 lagi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Menurutnya, kesemua yang diarahkan berpatah balik didapati gagal menunjukka­n kebenaran merentas daerah atau zon serta memberikan alasan yang tidak munasabah.

“Kita tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan ia termasuk larangan merentas daerah atau zon.

“Susulan itu, pada hari pertama Aidilfitri (13 Mei), anggota kita yang bertugas di beberapa sekatan jalan raya antara zon mengarahka­n 151 kenderaan berpatah balik kerana tidak mempunyai permit rentas daerah seperti yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Aidi turut memberitah­u, tiada kompaun dikeluarka­n atas kesalahan ingkar SOP yang ditetapkan sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang hanya dibenarkan disambut sehari di negeri ini.

“Hasil pemantauan mendapati

kepatuhan kepada SOP Hari Raya oleh warga negeri ini adalah baik dan memuaskan.

“Bagaimanap­un, nasihat saya ialah pematuhan SOP ini perlu dilakukan berterusan dan bukan setakat Hari Raya pertama sahaja,” kata Aidi.

Sementara itu, Pemangku

Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa turut memberitah­u, SOP sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar bandar raya Kuching dipatuhi. “Pemantauan sempena sambutan Hari Raya semalam (kelmarin) iaitu semasa solat sunat Aidilfitri di kebanyakan masjid utama khasnya, didapati SOP yang telah digariskan dipatuhi dengan baik dan berjalan lancar.

“Turut dijalankan pemantauan dan pemeriksaa­n di kawasan perumahan serta kampung-kampung dan daripada pemerhatia­n dijalankan, didapati tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP dikesan,” katanya.

Sehubungan itu, Merbin menyeru orang ramai menyalurka­n maklumat kepada pihak polis jika ada pelanggara­n SOP COVID-19 dikesan agar tindakan segera dapat diambil.

“Terus patuhi SOP yang dikeluarka­n kerajaan dari semasa ke semasa demi keselamata­n dan kesihatan diri agar wabak COVID19 ini dapat ditangani dengan berkesan,” ujarnya.

 ??  ?? AIDI
AIDI
 ??  ?? MERBIN
MERBIN
 ??  ?? MEMUASKAN: Anggota polis menjalanka­n pemeriksaa­n pematuhan SOP di sebuah kampung di bandar raya Kuching, kelmarin.
MEMUASKAN: Anggota polis menjalanka­n pemeriksaa­n pematuhan SOP di sebuah kampung di bandar raya Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia