Utusan Borneo (Sarawak)

Dua unit kuarters guru SK Long Bemang musnah dalam kebakaran

-

MIRI: Dua unit kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang dekat sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang kelmarin.

Bagaimanap­un, tiada mangsa terlibat kerana semasa kejadian kuarters itu tiada penghuni kerana cuti sekolah.

Kejadian itu disedari seorang lelaki yang merupakan jiran kuarters itu dalam perjalanan menuju ke kebun kira-kira jam 3.40 petang.

Saksi kejadian bersama seorang pengawal keselamata­n cuba memadam kebakaran melalui pintu belakang kuarters itu tetapi gagal kerana api terlalu besar dengan bahang panas.

Sejurus kemudian, penduduk kampung rumah panjang Long Bemang yang berada lebih kurang 500 meter dari sekolah bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Long Bemang bertindak membawa alat pemadam api dan pam angkut mengawal dan memadam kebakaran.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata Balai Bomba dan Penyelamat Marudi menerima maklumat kebakaran terbabit jam 5.34 petang selepas api dipadamkan sepenuhnya jam 5.30 petang.

“Penduduk kampung dan ahli-ahli PBS Long Bemang melawan kebakaran menggunaka­n lebih kurang empat unit alat pemadam api dan membentang satu aliran 400 kaki pam air tangki dari dewan makan bagi mengawal dan memadam kebakaran.

“Namun, kuarters itu gagal diselamatk­an kerana ketika kebakaran hampir keseluruha­n bangunan dijilat api menyebabka­n kemusnahan 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Law berkata, punca dan kerugian akibat kebakaran terbabit masih dalam siasatan.

Menurutnya, sekolah terbabit terletak kira-kira 200 kilometer dari pusat bandar Miri dan mengambil masa lima jam perjalanan melalui jalan balak bergantung keadaan cuaca.

 ??  ?? MUSNAH: Kuarters guru SK Long Bemang musnah akibat kebakaran petang kelmarin.
MUSNAH: Kuarters guru SK Long Bemang musnah akibat kebakaran petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia