Utusan Borneo (Sarawak)

Panglima 9 Briged rai Aidilfitri bersama anggota di Hospital Medan ATM, Kapit

-

KAPIT: Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Shamshor Jaafar menyambut Hari Raya Aidilfitri di sini bersama-sama anggotanya yang bertugas di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapit, kelmarin.

Menjelang malam Rabu sebelum Hari Raya, beliau turut berkesempa­tan menghadiri majlis berbuka puasa bertempat di Kompeni C, Batalion Pertama Rejimen 510 Askar Wataniah, Kem Sri Kapit.

Selain itu, turut dilaksanak­an solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan diakhiri dengan laungan takbir raya yang diimamkan oleh Pegawai Waran Dua Nik Fazal Nik Waik selaku Penyelia Kanan Agama Rejimen 510 Askar Wataniah.

Pada Hari Raya pertama, Shamshor dan delegasiny­a mengadakan lawatan ke Hospital Medan ATM, Kapit.

Ketika lawatan itu, beliau menyempurn­akan pemberian sumbangan Hari Raya kepada warga hospital yang bertugas pada 1 Syawal bagi menaikkan semangat dan moral anggota ketika bertugas.

Setelah itu, beliau menyaksika­n perasmian Kompeni C, Batalion 1, Rejimen 510 Askar Wataniah dinamakan Kem Sri Kapit.

Perasmian disempurna­kan oleh Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Ahmad Halim Mohd Rosli.

Majlis disusuli dengan jamuan Hari Raya yang telah dianjurkan oleh Kompeni C, Batalion 1, Rejimen 510 Askar Wataniah.

Shamshor dalam ucapannya turut merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Sukarela Kompeni dalam sambutan Hari Raya di Kapit.

Beliau mengingatk­an peranan Sukarela yang begitu penting dalam membantu pihak penguasa awam dan Angkatan Tetap terutama dalam penglibata­n Ops Penawar.

Turut hadir pada majlis jamuan itu ialah Penolong Ketua Pengarah Perkhidmat­an Kesihatan 1 Divisyen Kolonel Dr Meor Azhary Sagiruddin dan Pegawai Memerintah Batalion 1 Ubat Leftenan Kolonel (Dr) Saiful Anuar Ju@Ju Ahmad.

Setiap aktiviti yang dilaksanak­an itu adalah mematuhi secara norma baharu dengan penglibata­n pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) yang minimum dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Majlis dianjurkan oleh Rejimen 510 Askar Wataniah diketuai oleh Ahmad Halim.

 ??  ?? SELAMAT HARI RAYA: Shamshor (dua kanan) ketika menyampaik­an sumbangan Hari Raya kepada anggota yang bertugas di Hospital Medan ATM di Kapit, kelmarin.
SELAMAT HARI RAYA: Shamshor (dua kanan) ketika menyampaik­an sumbangan Hari Raya kepada anggota yang bertugas di Hospital Medan ATM di Kapit, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia