Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Kiara kongsi rasa

Bersama Rumah Amal Selawat Nabi

- Oleh Abdul Naddin Haji Shaiddin

SANDAKAN: Kolej Kiara tidak ketinggala­n mengadakan program berkongsi rasa bersama Rumah Amal Selawat Nabi di Taan Sejati Ujana Batu 7, Sandakan.

Program Ramadan kali ini memilih sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang terdiri daripada golongan anak yatim dan asnaf yang terletak di Sandakan.

Idea ini bermula dengan satu perkongsia­n di Facebook, mengenai rumah amal ini yang memerlukan sumbangan dari pihak luar.

Satu tabung untuk mengumpul dana yang dilancarka­n selama seminggu mendapat respons positif dari pelbagai pihak.

Khamis lalu, wakil dari Kolej Kiara menghantar sendiri sumbangan yang berjaya dikumpul oleh mereka.

Para penghuni bermula dari umur 4 tahun sehingga 15 tahun rata-rata sangat gembira menerima kunjungan kami.

Sejumlah 30 cenderahat­i khas yang berisi khas keperluan alat tulis termasuk makanan ringan diagihkan, ini termasukla­h duit raya untuk mereka.

Di samping itu, keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan beberapa barang lain turut disampaika­n oleh Dekan Akademik iaitu Rabbiatul Adawiyah Amil Bangsa, yang juga merupakan pensyarah untuk subjek Khidmat Masyarakat.

Menurutnya, program seperti ini sangat berkesan untuk para pelajar menyelami sendiri tentang erti kehidupan yang serba kekurangan selain dapat berbakti kepada mereka yang memerlukan.

Beliau juga turut menambah bahawa beliau sangat berpuas hati walaupun perjalanan yang ditempuh selama 6 jam namun setelah tiba di sana, melihat wajah-wajah mereka yang begitu teruja mendapat sedikit hadiah daripada pihak kolej, itu sudah cukup melegakan hati.

Diharapkan program seperti ini dapat dijadikan sebagai satu platform untuk meningkatk­an semangat kekitaaan dalam kalangan masyarakat setempat.

 ??  ?? BERSAMA PENGHUNI: Penghuni Rumah Amal Selawat Nabi mengabadik­an gambar kenangan bersama Rabiatul Adawiyah.
BERSAMA PENGHUNI: Penghuni Rumah Amal Selawat Nabi mengabadik­an gambar kenangan bersama Rabiatul Adawiyah.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N CENDERAHAT­I DAN DUIT RAYA: Sesi penyampaia­n cenderahat­i dan duit raya disampaika­n sendiri oleh Rabbiatul Adawiyah.
PENYAMPAIA­N CENDERAHAT­I DAN DUIT RAYA: Sesi penyampaia­n cenderahat­i dan duit raya disampaika­n sendiri oleh Rabbiatul Adawiyah.
 ??  ?? DUIT RAYA: Rabiatul Adawiyah menyampaik­an duit raya kepada salah seorang penghuni Rumah Amal Selawat Nabi.
DUIT RAYA: Rabiatul Adawiyah menyampaik­an duit raya kepada salah seorang penghuni Rumah Amal Selawat Nabi.
 ??  ?? KENANGAN: Rabiatul Adawiyah bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Amal Selawat Nabi.
KENANGAN: Rabiatul Adawiyah bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Amal Selawat Nabi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia