Utusan Borneo (Sarawak)

Dua tahun menanggung rindu

Ibu tunggal rindu 11 cucu balik berhari raya bersama mereka

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seorang ibu tunggal hanya mampu menahan rindu untuk bertemu dengan 11 cucunya setelah dua tahun tidak berhari raya bersama mereka.

Rumah usang tempat Sapiah Sabang, 65, berlindung di Kampung Gabungan, Jalan Morrel, di sini, selalunya riuh-rendah dengan suara cucunya setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menjadi rutin tahunan Sapiah sekeluarga menerima kehadiran cucu dan tiga anaknya yang menetap di Labuan dan Selangor pulang beraya, pada minggu terakhir Ramadan.

Katanya, kebiasanny­a waktu begini, rumah mereka sudah meriah dan memang tidak menang tangan dibuatnya.

“Mana hendak melayan cucu, kami juga biasanya sibuk menyiapkan juadah raya terutamany­a buras bersama,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanap­un, itu kenangan tiga tahun lalu, sebelum ia kekal jadi memori manis yang meruntun jiwa sejak dua tahun lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19.

Sapiah yang tinggal bertiga dengan dua anaknya iaitu Irwansyah Abd Karim, 43, dan Mazlansyah Abd Karim, 30, masing-masing mengalami masalah kesihatan sekali gus menyukarka­n mereka bekerja.

Irwansyah, anak sulung yang menjadi sandaran keluarga daif ini, terpaksa duduk di rumah selepas disahkan mengalami masalah kanser tulang pada kakinya pada tahun 2015.

Manakala, Mazlansyah pula, mengalami masalah depresi yang menyebabka­nnya tidak mahu keluar rumah sejak tahun lalu.

Ini menyebabka­n mereka terpaksa bergantung harap kepada tiga anak lain iaitu Hasmiati, 40, Hamsah, 37, dan Haslinda, 33, yang kini berkeluarg­a dan menetap di Labuan serta Petaling Jaya, Selangor.

Hanya Hamsah yang bekerja, manakala dua anak perempuan Sapiah adalah suri rumah sepenuh masa.

Menurut Sapiah, walaupun suri rumah dan mempunyai ahli keluarga sendiri, mereka tetap menghulurk­an wang belanja bulanan sekitar RM300 hingga RM500 sebulan kepada mereka.

“Saya tidak memaksa anakanak untuk memberi belanja bulanan, kerana mereka juga mempunyai tanggungan sendiri selain tidak berpendapa­tan besar.

“Dua tahun beraya tanpa mereka ekoran perlaksana­an PKP pasti cukup terasa lebih-lebih lagi 11 cucu yang sentiasa menemani Mazlansyah,” katanya.

Akur dengan keputusan kerajaan berkaitan PKP, Sapiah menyifatka­n ia langkah yang baik demi keselamata­n anak cucunya.

Sementara itu, nasib Sapiah sekeluarga turut menarik perhatian pengurusan kedai pakaian NK Gallery Tawau untuk mendermaka­n tiga pakaian baharu dan duit raya buat mereka.

Perkara itu dilakukan sertamerta sebaik petugas media memaklumka­n kedaifan keluarga itu kepada pengurusan NK Gallery.

 ??  ?? SAKIT: Irwansyah hanya mampu mengharapk­an ihsan daripada adik-beradik lain untuk meneruskan kehidupan.
SAKIT: Irwansyah hanya mampu mengharapk­an ihsan daripada adik-beradik lain untuk meneruskan kehidupan.
 ??  ?? BAJU RAYA: Sapiah (dua kiri) menerima sumbangan baju raya daripada sNK Gallery Tawau.
BAJU RAYA: Sapiah (dua kiri) menerima sumbangan baju raya daripada sNK Gallery Tawau.
 ??  ?? SAPIAH
SAPIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia