Utusan Borneo (Sarawak)

Keadaan terkawal, tidak banyak panggilan kecemasan di Miri: Law

-

MIRI: Keadaan terkawal dan tidak banyak panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri ketika sambutan 1 Syawal, kelmarin.

Ketua Zonnya Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya hanya menerima dua panggilan kecemasan kebakaran kelmarin.

“Untuk sambutan raya semalam (kelmarin), sebenarnya tidak banyak panggilan kecemasan diterima dan boleh dikatakan keadaan di sini agak terkawal, panggilan kecemasan kemalangan pun tiada.

“Cuma kita ada hadir dua kebakaran iaitu pertamanya di Long Bemang melibatkan kebakaran kuarters dan satu lagi di kawasan pelupusan sampah yang masih lagi terbakar hari ini (semalam) dan telah terkawal,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Dalam pada itu, Law mengingatk­an kepada masyarakat di Miri agar tidak membuat pembakaran terbuka ketika cuaca panas yang sedang berlaku sekarang.

“Di musim kering ini, hujan dah kurang, hari pun makin panas terik, maka rumput, belukar dan lainlain malah tanah pun kering yang menjadikan­nya mudah terbakar.

“Nasihat saya jangan membuat pembakaran terbuka, sekiranya hendak membuat pembakaran juga, potonglah rumput bagus-bagus, kumpulkan dan baru dibakar supaya ia terkawal dan perlu ada orang jaga sekiranya api makin besar boleh tolong untuk memadam api,” gesa beliau.

Selain itu, Law turut mengingatk­an masyarakat agar mengurangk­an pergerakan dan berkumpul bagi membantu petugas barisan hadapan memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Kasihanila­h para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus ke sana ke mari untuk mengambil orang (pesakit positif COVID19), banyak yang kuarantin kendiri, yang membuat pengesanan kontak rapat, lepas itu kes pula tidak pandai turun-turun.

“Jadi haraplah semua berjaga-jaga, kurangkan pergerakan, amalkan penjarakan fizikal dan pakai pelitup separuh muka supaya kes kita makin reda di Miri dan kita dapat menuju ke zon hijau.

“Dan saya berharap jangan ada pembakaran terbuka kerana apabila ada pembakaran terbuka yang menyebabka­n keadaan berjerebu, pada masa yang sama ada COVID19, bila kedua-dua bertembung kita risau bagi mereka yang ada sakit.

“Seperti mereka yang sakit asma atau saluran pernafasan bila terkena jerebu, makin susahlah mereka untuk bernafas, malah mudah dijangkiti penyakit dan apatah lagi dengan COVID-19, jadi saya mohon kita kawal perkara ini supaya tidak berlaku keduaduany­a (COVID-19 dan jerebu) serentak,” katanya.

Di samping itu, beliau turut mengingatk­an pengguna jalan raya untuk memandu berhati-hati dan tidak memandu terlalu laju semasa musim perayaan ini.

“Kita mahu musim raya ini kurangkan kemalangan dan supaya kita balik ke rumah kita dalam keadaan selamat.

“Masyarakat diingatkan sekiranya ada kecemasan tolong hubungi talian kecemasan 999 dan di Miri boleh hubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng di talian 085-422973 dan BBP Miri Sentral di talian 085-420991.

“Sekiranya ada apa-apa kecemasan, terlihat asap atau perkara yang memerlukan pertolonga­n bomba, hubungilah nombor-nombor tersebut,” nasihatnya.

 ??  ?? LAW
LAW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia