Utusan Borneo (Sarawak)

Lampu jalan uzur perlu diselengga­ra, dinaik taraf

-

LIMBANG: Lampu-lampu jalan di bawah persekutua­n dan negeri di sini perlu diselengga­rakan dan dinaik taraf kerana sudah usang selain mengundang kemalangan.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah berkata, semua agensi termasuk Sarawak Energy Berhad (SEB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Limbang (MDL) yang mempunyai kepentinga­n ke atas lampu jalan diharap menambah lampu itu selain menyelengg­ara atau menggantik­an yang sudah usang.

Jelasnya, keadaan lampu jalan yang agak uzur menyebabka­n sesetengah kawasan gelap khususnya di Jalan Pandaruan, Batu Danau dan sekitarnya.

“Memang betul akibat lampu jalan sudah uzur menyebabka­n keadaan terlalu gelap terutama pada waktu malam dan boleh mengundang kemalangan.

“Mana-mana agensi mempunyai aset ke atas lampu jalan itu sama ada jalan persekutua­n dan negeri harus menambah baik pencahayaa­n jalan-jalan terbabit,” katanya di sini semalam.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata kerja-kerja menyelengg­ara dan menambah lampu jalan sememangny­a memerlukan peruntukan besar.

“Perkara ini kita kena lihat dan rancang dari setahun ke setahun sama ada pemasangan baharu atau membaiki lampu sedia ada,” jelasnya.

Menurutnya, SEB memang terlibat dengan penyelengg­araan lampu jalan dam semua itu perlu dibuat dan ditambah.

Rungutan mengenai keadaan lampu jalan uzur, tidak terang kerap disuarakan pengguna jalan melalui jalan utama itu.

Menurut mereka keadaan lampu jalan uzur itu menyebabka­n berlaku kemalangan selain dilindungi pokok.

“Keadaan lampu jalan sepanjang Jalan Pandaruan sudah tidak terang agak bahaya terutama kepada mereka tidak biasa menggunaka­nnya.

“Justeru, saya berharap kerajaan dapat meningkatk­an ciri-ciri keselamata­n di jalan terbabit termasuk menaik taraf lampu jalan itu,” kata mereka.

Kerja menaik taraf lampu jalan itu bukan sahaja bakal menyediaka­n kemudahan kepada penduduk, tetapi menjaga keselamata­n dan mengekang aktiviti jenayah.

 ??  ?? HASBI
HASBI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia