Utusan Borneo (Sarawak)

Benarkan klinik, farmasi diiktiraf beli, laksana pemberian vaksin

-

KUCHING:Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, kerajaan persekutua­n tidak harus meletakkan syarat kepada kerajaan Sarawak untuk membeli vaksinnya sendiri.

Bahkan katanya, keuntungan ekonomi juga tidak harus menjadi faktor kepada kerajaan persekutua­n untuk tidak mendahuluk­an kesihatan rakyatnya.

Justeru katanya, beliau mengemukak­an beberapa cadangan kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dipertimba­ngkan sebagai langkah penyelesai­an untuk mempercepa­tkan pemberian vaksin berkenaan.

“Klinik atau farmasi yang telah diiktiraf di Malaysia mesti dibenarkan untuk membeli dan melaksanak­an pemberian vaksin berkenaan kepada mereka yang mahukannya.

“Vaksin ini mesti ditetapkan harganya dan diletakkan di bawah senarai harga barang terkawal.

“Maka dengan itu, manamana badan yang tidak mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan hukuman. Penguatkua­saan mesti sangat ketat,” kata Masing dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut menggesa agar kerajaan persekutua­n mempertimb­angkan kebenaran agar pembelian vaksin yang telah disyorkan daripada pengeluarn­ya terus di luar negara.

Menurutnya, Sarawak mempunyai dana untuk melakukann­ya dan menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan imuniti kelompk dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) telah memvaksink­an lebih daripada 200 juta rakyat dengan cepat dan kini penggunaan topeng muka di AS tidak lagi wajib.

“Sekiranya Amerika Syarikat mempunyai lebih dari 200 juta orang dan mereka dapat melakukann­ya, tidak ada sebab mengapa Sarawak dengan 2.8 juta rakyat tidak berupaya melakukann­ya

“Kita punyai dana, biar kami gunakan untuk kepentinga­n rakyat kami di sini,” ujarnya lagi.

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia