Utusan Borneo (Sarawak)

Aidilfitri sederhana tanpa aktiviti ziarah, rumah terbuka

Kampung, kawasan perumahan di sekitar Kuching yang biasanya meriah, sunyi ketika negara masih berdepan COVID-19

- Oleh Agnes Tugong

Harapan saya, tahun depan kami dapat pulang beraya di Terengganu sebab sudah terlalu rindu dengan keluarga

” di sana.

Nokky Arimbi Simun

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidilfitri dirai secara sederhana oleh masyarakat Islam tahun ini dengan norma baharu berikutan negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Di kampung-kampung dan kawasan perumahan di sekitar bandar raya ini yang kebiasaann­ya meriah ketika Aidilfitri sunyi sepi tanpa aktiviti ziarah dan rumah terbuka.

Nokky Arimbi Simun berkata, sama seperti tahun lepas, Aidilfitri tahun ini hanya dirai secara sederhana bersama isteri dan anaknya.

Berasal dari Terengganu, Nokky berkata dia dan isterinya Nafilia Jilin yang berasal dari Lundu sudah tiga tahun tidak pulang beraya bersama keluarga di Terengganu.

“Memandangk­an kita masih berdepan pandemik COVID-19, kami beraya bertiga sahaja tahun ini di kampung isteri saya.

“Harapan saya, tahun depan kami dapat pulang beraya di Terengganu sebab sudah terlalu rindu dengan keluarga di sana,” katanya.

Sementara itu bagi Muhammad Kamal Ken Abdullah pula, Aidilfitri tahun ini adalah tahun kedua dia beraya tanpa isterinya di sini.

“Sama seperti raya tahun lepas, ini adalah tahun kedua saya beraya di sini tanpa isteri yang tinggal di Semenanjun­g Malaysia.

“Ditambah dengan garis panduan ketat sambutan, maka saya hanya beraya bersama keluarga abang di sini secara sederhana,” katanya.

Tambah Kamal, dia sangat merindui kemeriahan sambutan Aidilfitri sebelum negara berdepan COVID-19 dan berharap pandemik ini akan segera berakhir.

Bagi Norhafizah Ahmad pula, Aidilfitri tetap diraikan bersama keluarga dalam norma baharu pandemik

COVID-19.

Katanya, kebenaran meraikan Aidilfitri pada 1 Syawal digunakan sebaiknya untuk meluangkan masa bersama ibunya, Siti Fatimah Abdullah di Kampung Sungai Lumut di sini serta anaknya Nur Qaseh Faezzah Ahmad Affendi.

Berikutan pandemik COVID-19 yang masih menular ketika ini, keluargany­a hanya menyambut raya secara sederhana di rumah mengikut norma baharu, katanya.

Nur Hartini Gujang pula berkata, raya tahun ini disambut sederhana bersama dua anaknya tanpa aktiviti ziarah atau rumah terbuka seperti yang diarahkan.

“Sama seperti tahun lepas, raya tahun ini hanya dirai bersama anak-anak sahaja sebab kita masih berdepan pandemik COVID-19.

“Biasanya memang akan adakan rumah terbuka sebab ramai ahli keluarga yang bukan Islam datang berkunjung, tetapi raya tahun ini kita masih dilarang adakan rumah terbuka,” katanya.

 ?? Ghaz Ghazali
— Gambar ?? JAMU SELERA: Norhafizah (kanan) bersama anaknya Nur Qaseh menjamu juadah raya di kediaman keluargany­a di Kampung Sungai Lumut.Turut kelihatan ibunya Siti Fatimah (kiri).
Ghaz Ghazali — Gambar JAMU SELERA: Norhafizah (kanan) bersama anaknya Nur Qaseh menjamu juadah raya di kediaman keluargany­a di Kampung Sungai Lumut.Turut kelihatan ibunya Siti Fatimah (kiri).
 ??  ?? SEDERHANA: Nokky (kanan) beraya bersama isterinya Nafilia dan anaknya di kuaters tempatnya di Lundu.
SEDERHANA: Nokky (kanan) beraya bersama isterinya Nafilia dan anaknya di kuaters tempatnya di Lundu.
 ??  ?? RINDU SUASANA: Muhammad Kamal menyambut Aidilfitri tanpa isteri untuk tahun kedua susulan sekatan rentas negeri.
RINDU SUASANA: Muhammad Kamal menyambut Aidilfitri tanpa isteri untuk tahun kedua susulan sekatan rentas negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia